Subscribe

100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor

Sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah ALam. Kedatangan para pengunjung bermula jam 4.00 petang. Agak perlahan kemudian sebelum Maghrib kedatangan semakin rancak. Deretan kereta memenuhi kawasan letak kereta dan di tepian jalan luar menyesakkan lagi kawasan tersebut. Anggaran pengunjung adalah sekitar 40,000 ke 50,000 orang. Berikut adalah gambar yang diambil sejak sebelum, ketika dan selepas upacara .....

Sekitar jam 5.00 petang di hadapan pintu masuk utama. Masih kurang yang datang ... peniaga berderetan. Dianggarkan lebihkurang 100 gerai di sediakan. Macam macam boleh beli.. Tapi biasalah...minyak naik harga... kena kawal nafsu beb.



Parti Keadilan menyediakan tempat pendaftaran ahli baru


Penyokong Keadilan menggantung banner di sekitar kawasan dalaman Stadium


Ketika menanti waktu Sembahyang Maghrib ... MB Selangor Khalid Ibrahim berada di Syaf depan bersama Ustaz Badrul Amin di sebelah kanannya.


Sembahyang Maghrib bermula di Imamkan oleh Iman Besar Masjid Shah Alam, Imam Firdaus ..
Disusuli dengan sembahyang Hajat 2 rakaat...


Upacara di Dalam stadium bermula selepas waktu Isyak .. lebih kurang jam 9.00 malam. AKu di beritahun, kawasan padang tidak digunakan kerana pada malam esoknya, adakan ada Perlawasan Bolasepak Selangor menentang Kedah. Maka pengunjung kena duduk di Grandstand .... lepak panas


Skrin di sediakan di dua sudut menghadap ke depan dan belakang, tapi sound nya tak berapa clear di beberapa lokasi ....


Ucapan pertama adalah dari Ustaz Hassan Ali, selepas itu tetamu undangan dari Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Nik Amar dengan laungan Takbirnya. Pendek ucapannya tapi berkesan, menyampaikan salam TG Nik Aziz dan ucapan tahniah kepada Selangor kerana berjaya menumbangkan Parti Barang Naik.

Kemudian disusuli dengan ucapan dari TS Khalid Ibrahim. Memberikan penerangan tentang perancangan kerajaan. Untuk rakyat Selangor yang menarik selain dari Air percuma yang sudah pun di nikmati oleh rakyat bermula 1 jun lepas... Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan insuran percuma kepada Kanak kanak yang lahir pada Januari 2008 seterusnya. Insuran tersebut terus diberikan sehingga kanak kanak berumur 18 tahun. Dalam masa yang sama bantuan RM1,000 untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan bantuan kepada fakir miskin dan carumah kerajaan kepada warga emas .... Selepas ucapan dari TS Khalid ..Dato Seri Anwar Ibrahim pun memberikan ucapan. Selepas ucapan tersebut aku bergegas keluar ..... kerana nenek dah suruh balik.

Terserempak pula dengan kepulangan DS Anwar di pintu VIP. Gambar di bawah menunjukkan pintu laluan keluar yang dilalui oleh DS Anwar Ibrahim .... 8 biji moto besar mengiringi beliau. Bersama di dalam kenderaan adalah Saudara Azmin Ali .... Barisan orang ramai sudah menanti beliau di laluan tersebut. Tak perasan .... Kawan aku terselit di dalam imej, matanya melirik lirik mencari kawan yang sedang ghairah mengambil gambar ..



Sekian terima kaseh, Adios ..... dan Tahniah rakyat Selangor.

sumber : http://no2umno.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.