Subscribe

Ahli parlimen BN marah pada Nazri

Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) membidas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz kerana melabelkan anggotanya - yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen Selasa lalu - sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata wakil rakyat BN berasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.

"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) dari Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.

nazri abdul aziz smillingDua hari lalu, Nazri mengutuk perbuatan beberapa ahli parlimen BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen, tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap ahli parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.

Katanya BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".

Naib pengerusi BNBCC Datuk Bung Moktar Radin pula berkata isu sekatan terhadap wartawan itu turut dibangkitkan oleh wakil rakyat BN dan bukan hanya oleh wakil pembangkang.

"Pada masa rehat waktu makan tengah hari, kami pergi berjumpa Tan Sri Speaker, dan memandangkan tidak ada keputusan, barulah kami bertindak mengalihkan sekatan itu," katanya.

Ekoran bantahan wakil-wakil media, pihak pentadbiran Parlimen semalam membenarkan mereka berada semula di situ.

DIPETIK DARI : http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.