Subscribe

Siapa yang tamak?

by Farhan Shah

Siapa yang tamak sebenarnya? Prestasi Pilihanraya Umum ke 12 terang-terang menunjukkan betapa buruknya prestasi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Mengapa beliau masih angkuh untuk terus memimpin dan mengatakan mendapat sokongan rakyat. Mengapa tidak kata "Saya telah hilang banyak daripada sokongan rakyat... " ?

siapakah yang tamak antara yang tamak?

Kalau nak dihurai, mungkin panjang lebar. Tapi hakikat sebenar adalah .... rakyat sudah tahu betapa banyak pembaziran dan kehancuran yang berlaku sejak beliau memegang jawatan. Di dalam banyak urusan dan kaitan dengan bajet hal pembangunan .... pastinya suku sakat nya turut terbabit.

Jangan kata dulang, paku serpih. Kata orang ..... Kamaluddin, Khairy, Nori dan Dollah yang lebih.


Teck Lee tamak – PM

PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.”


Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian.


Yong mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa SAPP telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.


Sejak kebelakangan ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu sering mengkritik keputusan politik Abdullah mengenai Sabah termasuk langkah menaikkan harga bahan bakar.



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.