Subscribe

"Ibadat 40 malam ditolak jika amalkan tilik"

by Farhan Shah

Apakah hukumnya bagi orang islam yang mempercayai roh atau jin? Sebagai contohnya seorang bomoh yang mengatakan bahawa dirinya dimasuki oleh roh Puteri Gunung Ledang atau Datuk Panglima Bukit Gantang atau Wali Songo. Kemudian bomoh hoh mengatakan dia boleh mengubati orang atau dia nampak sesuatu bala atau musibah dalam diri kita. Bolehkan kita berubat dgn bomoh ini? Apakah hukumnya jika kita mempercayai kata kata bomoh tadi? Kadang2 bomoh tadi memberi sesuatu barang kepada kita sebagai pendinding atau minyak pengasih,bolehkah kita menggunakannya? Apakah hukum bagi orang islam yg mempercayai benda2 halus seperti ini?

Jawapan: Alam roh dan alam jin adalah dua alam yang berbeza dgn alam manusiawi. Menggunakan jin sebagai pembantu dalam urusan2 tertentu adalah haram hukumnya, dan begitu juga dgn meminta bantuan drp roh haram hukumnya. Adapun org yg mendakwa dia mengetahui perkara ghaib seperti nampak apa yg bakal berlaku adalah sesat. Ini kerana Allah telah berfirman yg bermaksud " katakanlah Muhamad kpd mereka, tidak ada yang mengetahui perkara ghaib sama ada yg di langit atau bumi melainkan Allah"

Para rasul dan para anbiya juga tidak mengetahui perkara ghaib (al a'raf 188)

Jin juga tidak mengetahui perkara ghaib, hal ini adalah jelas dalam firman Allah dalam surah Saba':14 yg tidak mengetahui akan kewafatan Nabi Sulaiman sehingga para jin menyiapkan masjid Al-Aqsa. Dalam sepotong hadis Nabi S.a.w mencela golongan yg bertemu dgn para penilik tidak kiralah dia itu dimasuki jin atau dimasuki roh, sabda baginda yang bermaksud "barangsiapa yang mendatangi penilik dan bertanyakan sesuatu maka tidak diterima daripadanya solat selama 40 malam" riwayat Muslim jld.4 no.hadis 2230.

Dalam hadis yg lain Rasullah melarang kita berjumpa tukang tilik atau bomoh yang boleh meramal. Sabda Baginda "Janganlah kamu mendatangi bomoh". Dalam aktiviti perbomohan adanya konsep menurun, yang bermaksud roh atau orang2 tertentu masuk ke dalam badannya untuk memberitahu sesuatu perkara,saya yakin dan pasti bahawa orang2 yg sudah meninggal lebih awal daripada kita berada di akan barzakh dan itulah dunianya, dan bukannya kembali ke dunia dalam tubuh org untuk memberitahu sesuatu yang akan datang.

Apa yang pasti roh juga tidak tahu apa yang bakal berlaku kerana tiada apa yang istimewa baginya sehingga dapat mengetahui perkara ghaib. Memadailah baginya alam barzakh sebagai kampung sementaranya yang beruntung dapat taman syurga, yang rugi disiksa di lubang kubur.

Adapun menggunakan barang yang diberikan seperti minyak wangi,cincin, atau apa2 yang boleh disimpan atau dipakai sebagai pendinding adalah haram. Ini kerana perbuatan itu boleh membawa kepada syirik. Dikhuatiri perbuatan itu boleh memesongkan akidah daripada bergantung kepada Allah menjadi bergantung kepada makhluk.

Keyakinan kepada Allah jika terpesong setipis kulit bawang pun sudah memadai untuk dihumbankan ke dalam neraka. Yakinlah kepada bantuan Allah. Jika meminta hanya padaNya. Jika ingin berlindung juga hanya padaNya. Yakinlah bahawa Allah tidak akan membiarkan orang yang bergantung kepadaNya rahmat dan kasih sayangNya.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.