Subscribe

Ketua Audit Negara Dedahkan Pembaziran Kerajaan!


Sebelum ini telah kecoh benar tentang penyelewangan itu ini yang dilakukan oleh pihak kerajaan Islam Hadhari pimpinan seorang kaki tidur sejati (Pak Lah la…). Namun bukti-bukti penyelewangan sukar benar untuk diketahui rakyat. Al maklumlah, rahsia negara konon! Tetapi tempoh hari, Ketua Audit Negara telah mendedahkan betapa pincangnya pengurusan kewangan negara. Antaranya pembelian 13 barangan yang telah dibayar melebihi harga pasaran sebanyak RM8.39 Juta! Banyak tu…Antara yang dibeli ialah:


  1. Set pemutar skrew berharga RM40 pada harga RM224
  2. Jek kereta berharga RM50 pada harga RM5471
  3. Set buku teknikal berharga RM417 pada harga R10700
  4. Pasu bunga berharga RM5 pada harga RM43
  5. Kamera 3.1MP pada harga RM8254


Itu hanyalah sebahagian daripada 13 barang yang dibeli melebihi harga semasa. Istilah mat sallehnya, overspend! Kaya sangat ke kerajaan kita walhal nak turunkan harga minyak punyalah kedekut. Malah untuk projek IKBN (barangan di atas dibeli untuk sebuah IKBN), kos asal bayaran consultant ialah RM399.67 Juta dan terpaksa dinaikkan ke RM767.98 Juta kerana kekurangan badget, kononnyalah. Walhal duit dibazirkan tak tentu hala.


Malah 19 kementerian didapati tidak membelanjakan peruntukan yang diberi. Ada yang membelanjakan wang rakyat bukan mengikut apa yang diperuntukan. Ada yang belanja separuh-separuh. Dan macam-macam lagi. Pelik benar menteri kita ya! Dapat duit tak nak guna. Bila dah guna, salah guna. Aduh!


Tambah menarik, terdapat 52 kes kementerian menggunakan wang tanpa mendapat peruntukan ataupun kebenaran. Jumlah perbelanjaan yang tidak diperuntukkan menjejah RM4.98 Juta. Sikit? Nak dijadikan cerita, Jabatan Perdana Menteri antara yang paling banyak berbelanja sesuka hati iaitu sebanyak RM1.99 Juta. Apa kata Pak Lah ya? “Saya tak tahu apa-apa…” kot.


449 kes pula melibatkan 35 kementerian yang berbelanja melebihi peruntukan dengan jumlah RM4077.53 Juta. Kementerian paling jahil menguruskan duit ialah Kementerian Pendidikan iaitu RM1470.05 Juta.


28 projek dibawah 13 kementerian pula melebihi kos yang diperuntukkan di bawah RMK9 sebanyak RM1.02 Billion. Malah 5 kementerian melebihi kos siling projek sebanyak RM0.69 billion. Ini dijuarai oleh Kementerian Kewangan iaitu sebanyak Rm664 Juta. Kalau Kementerian Kewangan sendiri gagal menguruskan duitnya, kementerian lain apatah lagi.


Sebenarnya banyak lagi penyelewangan yang berjaya dibongkar. Terlalu banyak. Yang penting, ini membuktikan kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai secara mengganas. Bukan setakat berjuta, tapi sampai tahak berbillion. Memang melampau! Sekiranya duit tersebut digunakan untuk perkhidmatan kesihatan percuma ataupun menaikkan kadar gaji minimum, bukankah lebih elok?


Anda nilaikan sendiri. Jika sebelum ini pembangkang mendedahkan itu dan ini, kita minta diberi bukti. Kali ini Ketua Audit Negara sendiri yang melaporkan. Masih tak nak percaya? Kalau degil dan bertaklid pada kerajaan, memang ada something wrong dengan anda.

Renung menungkan. Fikir tenungkan. Edar sebarkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.