Subscribe

Masalah Buli Yang Tetap Famous!

by Ahmad Farhan Shah bin Abdul Hadi

Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin para pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Bagi sesetengah ibubapa mereka manganggap sekolah yang baik tidak mempunyai masalah buli ini namun bagi pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh umpamanya mereka boleh lihat bagaimana senior-senior dan rakan-rakan mereka sendiri membuli pelajar-pelajar lain dan mungkin mereka sendiri pernah mengalami situasi ini .

Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian seorang rakan pelajar kita yang bersekolah di sekolah AGAMA akibat daripada ALLYARHAM dibelasah oleh senior-seniornya kerana perkara yang kecil . Di setiap sekolah di Malaysia ini, saya yakin pasti terdapat pelajar-pelajar yang membuli rakan mereka sendiri walaupun sekolah tersebut mempunyai nama yang baik dengan pelajar-pelajar pintar.

Apa beza antara buli dan gangsterisme? Pada saya, buli itu merupakan satu tradisi yang diturunkan sejak dahulu lagi. Kalau kita lihat sejarah zaman penubuhan sekolah-sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan King Edward VII, sekolah ini cukup sinonim dengan buli walaupun pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan bangsawan. Kepada yang tidak tahu, paling penting pada zaman itu adalah di akhir sessi orientasi atau suai kenal, akan diadakan "royal bath" kepada pelajar-pelajar baru. Itu satu bentuk tindakan buli. Tetapi diterima ketika itu atas rasional bahawa untuk menguatkan jati diri dan membina kecekalan dikalangan pelajar maka dihalalkan.

Hari ini gejala buli sudah tidak diterima lagi kerana ia telah melampaui batasan. Jika dahulu walaupun sangat kuat dengan 'ragging' tetapi kita tak pernah dengar ada yang mati. Tetapi hari ini, disebabkan pelajar-pelajar kita lebih manja dan bersikap memberontak, sesekali jika dibuli maka akan melawan dan wujud pertelingkahan yang akhirnya akan mengundang kepada tragedi malang.

Lalu apakah pendekatan sistem pendidikan hari ini yang perlu kita fahami bersama? Buli yang satu masa dahulu diterima hari ini sudah bertukar menjadi gangsterime yang memudaratkan. Ini yang pasti. Maka secara tidak langsung kita perlu untuk katakan tidak kepada buli. Peranan guru sangat penting, terutama bagi sekolah berasrama, pengawasan 24 jam perlu demi memastikan gejala ini tidak berlaku. Pada saya sebagai bakal seorang guru, adalah tidak wajar sekiranya buli berlaku di dalam sekolah dan tidak logik jika berlaku di dalam asrama kerana setiap asrama, setiap blok ditempatkan seorang atau 2 guru asrama untuk mengawasi. Sekali pergaduhan berlaku, mesti akan riuh dan masalah sekarang guru saja tidak endahkan.

Seharusnya,para guru asrama perlu komited dengan mengambil tindakan tegas kepada pelajar terlibat dan yang paling penting, mengutamakan pembentukkan sahsiah dengan pembangunan modal insan kelas pertama berbanding kecemerlangan akademik.Ini lebih penting.


Ibu bapa pula harus menerima hakikat bahawa anak tidak akan berdikari apabila mereka duduk di asrama sebaliknya menjadi seorang yang pendiam atau sebaliknya. Anak mungkin nampak teratur apabila duduk di asrama tetapi jauh disudut hatinya perasaaan dendam yang terpaksa disembunyikan kerana jika si anak memberitahu ibubapa bahawa mereka dibuli maka mereka akan menghadapi risiko kena pukul dengan senior asrama.

Kementerian masih tidak ambil tindakan konkrit dalam menangani hal ini.
Sepatutnya kementerian sendiri buat tinjauan mengejut, menyiasat keadaaan asrama dengan mewujudklan pelajar tipu yang menjadi mata kementerian.

Buli masih berlaku dan ia masih lagi dikatakan tradisi! Inilah yang menjadi masalah!!

Bila ia akan berakhir??

Anda lihat disini apakah ianya satu lakonan?



Apakah dengan situasi ini kita masih hanya tengok, menggelengkan kepala seterusnya berdiam diri?




Fikir-fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.