Subscribe

Pemeriksaan perubatan telah dilakukan ke atas Saiful Bukhari

Harakahdaily
Sun | Jun 29, 08 | 4:06:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Polis mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dikalankan ke atas pengadu (Saiful Bukhari Azlan) dalam kes dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas Saiful.


Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.


Beliau memberita demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini.


Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.


Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.


Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.


Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.


Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh KeADILan.


"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.


Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.