Subscribe

Perhimpunan solidariti untuk Anwar di Parlimen esok

Wan Nordin Wan Yaacob

Sun | Jun 29, 08 | 5:24:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun).


Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.


Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.


Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari


Untuk keselamatan, Anwar ditempatkan di Kedutaan Turki - Azmin


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sun | Jun 29, 08 | 5:40:41 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

Image

Naib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.


"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.


Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.


Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar


sumber : http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.