Subscribe

2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said

Tidak tahu samada memang dirancang begitu atau tidak, hasilnya Mat Said memang lagi. Kini Pak Lah sudah dua kali terkena. Kata orang sudah 2-0!

Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu.

Apa tujuannya pelbagai pendedahan yang dibongkar tidak berani IB teka, tetapi hasilnya banyak mengoncangkan pelbagai pihak dan beberapa tokoh. Tidaklah pula IB yakin siasatan BPR akan membuah sesuatu yang boleh kita harapkan. Besar kemungkinan tiada apa-apa bukti penyelewengan yang akan ditemui. Ini kerana risiko mendedahkan sebarang penyelewengan di saat terlalu ramai tokoh UMNO dilanda pelbagai masalah dan keadaan parti yang tidak menentu, tidak mungkin Pak Lah berani untuk bertegas.

Membenarkan Mat Said menyimpan “Mechedih” dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mat Said jelas Pak Lah kalah lagi kali kedua dengan Mat Said. Helah membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah - sekadar menjaga air muka. !4 buah kereta “Mechedih” tersadai menanti tetamu datang!

Isu benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Malah kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk membeli 14 buah lagi - untuk membeli Perdana yang baru. Dan sesekali “Mechedih” turut akan dipakai mereka bila isu ini reda dan orang sudah tidak lagi hirau. Maka Mat Said dapat “Mechedih” dan Perdana sekali gus! Rakyat terus terabai!

Dalam pertembungan pertama, Pak Lah sudah terkena 1-0. Dan 1-0 tersebut amat memalukan bagi Pak Lah. Berkeras dengan menolak pemilihan Mat Said oleh Tuanku, pelbagai kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani “ggocoh”.

Janganlah diacah lagi Mat Said kalau Pak Lah tidak mahu kena 3-0 pulak.

Sekian, IB

by Ibrahim Baba
    ibrahimbaba.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.