Subscribe

Akibat sokong pembangkang, kontraktor disenarai hitam

Wan Nordin Wan Yaakob
Wed | Jul 23, 08 | 11:28:17 am MYT
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang.

Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu, Gobalakrishnan berkata, "Saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, (Melayulah), di atas dirujuk.

"Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada PartiPembangkang," kata Gobala memetik salinan surat yang diperolehinya itu.

"Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini?,"soalnya.

Sementara itu, Puad dalam menjawab isu itu berkata, beliau hanya meyatakan soal keadilan kerana baginya ada sesetengah kontraktor yang mendaftar 50 syarikat di bawah satu pemilik yang sebenarnya.

Namun, Gobala yang tidak berpuas hati dengan ulasan Puad itu berkata, dalam surat itu tidak disebutkan soal pendaftaran 50 syarikat di bawah satu nama, sebaliknya isu menyokong pembangkang yang menjadi alasan senarai hitam

Sumber : HarakahDaily

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.