Subscribe

ANWAR DITAHAN DI LUAR RUMAHNYA

Laporan The Star



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.

by Farhan Shah

1 comment:

Anonymous said...

RASANYA POLIS JANGANLAH CUMA KATA BUAT
KERJA SECARA PROFESNAL..........

KENALAH BUAT KERJA SAMPAI ORANG RAMAI
TAK PERSOALKAN YANG POLIS TU BETUL KE
PROFESNAL....

NAK TANGKAP ANWAR SAMPAI PAKAI 10
BUAH KERETA......SEDANGKAN ANWAR BUKANNYA
PENJENAYAH BESAR....

SETAKAT 2 ANGGOTA POLIS PI TANGKAP ANWAR
CUKUPLAH.......TAK KAN LARAT ANWAR NAK BERKUNFU
DGN POLIS 2 ORANG TU....

LAGI PUN WAKTU TAMAT SERAH DIRI TU PUKUL 2 PTG
MAKA LEPAS PUKUL 2 PTGLAH BARU POLIS TANGKAP
ANWAR, BARULAH ORANG RESPECT KAT POLIS....

TAK BOLEHLAH BERI ALASAN ANWAR TUKAR HALUAN
MENUJU KERUMAHNYA....SEBAB MASIH BANYAK MASA
LAGI.....

BANYAK WANG RAKYAT DIBAZIRKAN.....NI. SAMPAI
10 BUAH KERETA POLIS DIGUNAKAN, LEBIH BAIK
TENAGA POLIS YANG RAMAI TU DIGUNAKAN UNTUK
CARI PENCURI DAN PEROMPAK.....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.