Subscribe

Anwar Liwat lagi?

Di puncak keinginan untuk membuat comeback di arena politik pelbagai warna di Malaysia, Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh dengan tuduhan memalukan....meliwat!!..(bijaknya anak muda yang mendakwa sudah berkali-kali...p/s: mungkin 8 kali...diliwat...lewatnya melapor kepada polis!!...seronok agaknya )

Ini dilihat ramai sebagai salah satu plot untuk membunuh karier politik DSAI dan memenjarakannya jauh dari senario politik tanah air. Tidak kisahlah jika tuduhan kali ini lebih mencabar berbanding pada tahun 1998, yang pasti tugas untuk meyakinkan orang ramai untuk mempercayai tuduhan ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Bukti yang dikemukakan mestilah sesuatu yang benar-benar kukuh, melepasi sebarang keraguan munasabah untuk meyakinkan orang ramai yang skeptikal, yang merasakan mereka sudah dihidang dengan pelbagai penipuan dan telah sewenangnya diperbodohkan dengan komedi mahkamah penuh satira 10 tahun yang lalu....rakyat tak akan lupa!


Jangan lupa, pada 1998 DSAI telah disabitkan dengan tuduhan liwat atas bukti-bukti yang terang dan jelas direka bagai sebuah drama politik yang lucu.

DSAI telah disabitkan atas testimoni seorang lelaki yang telah dibuktikan sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai...(unreliable witness) kerana beberapa kali menukar versi veritanya diliwat...dan dia pula tidak pernah diperiksa pakar perubatan untuk mensahihkan tuduhan bahawasanya dirinya telah diliwat.

Peguam negara juga semasa kes berkenaan telah menukar tarikh kononnya perlakuan itu dilakukan sebanyak dua kali. Dalam tarikh asal yang dikemukakan, kondominium tempat kononnya berlakunya kes liwat itu masih belum dibina!

Dua sahabat DSAI yang disabitkan menjalinkan hubungan luar tabii dengan mantan TPM itu telah besumpah kepada umum bahawapengakuan mereka telah dibuat di bawah tekanan yang ekstrim dan kemudiannya mengambil tindakan undang-undang.

Teman sepermainan tenis DSAI juga telah ditangkap di bawah tuduhan memiliki peluru secara haram (illegal) walaupun dia sebenarnya mempunyai lesen memiliki senjata yang sah dan diancam dengan hukuman mandatori sekiranya tidak memberi kerjasama dalam konspirasi tersebut. Apabila plot itu didedahkan di mahkamah, peguam yang menyebut tentang ancaman itu pula yang dipenjarakan.

Satira komedi mahkamah makin membuat orang ramai terpinga-pinga dengan lelucon pihak pendakwaan yang tanpa alasan dan bukti munasabah, mengusung tilam ‘bertanda’ keluar masuk mahkamah. Tambahan pula, haki yang mengadili kes tersebut adalah seorang yang benar-benar dipilih, yang mana segala tindakan dan keputusannya tidak mencerminkan seorang hakim yang tidak bias.

Melihat kepada apa yang diperkatakan di atas, orang ramai sepatutnya dimaafkan sekiranya meeka teramat sangsi dengan pertuduhan ke atas DSAI kali ini. Sekiranya kesangsian orang ramai tidak mampu diatasi, anggapan paling munasabah ialah DSAI sekali lagi menjadi mangsa pertuduhan politik melampau.

Andainya DSAI sekali lagi didakwa dan diheret ke muka pengadilan,pihak berkuasa tidak boleh sekali lagi menjadikan rakyat penonton komedi politik yang dipentaskan di mahkamah sebagaimana berlaku pada 1998. Beliau tidak boleh disabitkan bersalah atas testimoni seorang pengadu semata-mata tanpa sokongan bukti yang jelas dan sahih.Hakim yang akan mendengar perbicaraan dan membuat keputusan hendaklah seorang
hakim yang diketahui ramai sebagai seorang yang benar-benar adil dan tidak bias, terutamanya dalam mengendalikan kes-kes melibatkan kerajaan. Mungkin Sri Gopal Ram atau Ian Chin boleh menjadi pilihan yang baik...

Sekiranya pihak berkuasa tidak dapat memberi jaminan DSAI akan dibicarakan dalam perbicaraan yang adil saksama, adalah lebih baik kes itu dilupakan sahaja. Rakyat Malaysia tidak sanggup, dan tidak seharusnya dihidangkan sekali lagi dengan ulangan komedi perbicaraan tahun 1998 yang melihat reputasi bidang kehakiman negara seperti dipijak di dalam lumpur! Yang pasti, jika perbicaraan serupa berulang lagi, ia cukup untuk membawa tsunami politk sekali lagi yang mana akan pasti melihat kejatuhan dan kehancuran parti pemerintah, BN untuk selama-lamanya!!



by Honeyy_Deww

2 comments:

Pemuda said...

Sketsa komedi kena rangka dengan elok.. diselitkan dengan skrip hebat agar jalan cerita menjadi menarik. Nak suruh penonton gelak bukan senang.. Kalo hanya sekadar lawak bodoh, nampaknya jadi maki hamun penonton je lah. Cerita tak lucu ..¬

UMMI ABRAR said...

CERITA TAK LUCU BUAT ORANG TERGELAK JUGA...GELAKKAN ORANG YANG BUAT LAWAK, BUKAN GELAKKAN LAWAKNYA...NICE POST!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.