Subscribe

Anwar Tidak Perlu Bersumpah!

Bila bercakap pasal mubahalah ( bersumpah dengan nama Allah) maka ramailah Pak² Lebai dalam UMNO suruh Anwar Ibrahim bermubahalah untuk melepaskan tuduhan ke atasnya.Insan² terlebih pandai didikan Islam Hadhari ini begitu lantang berkata-kata seolah-olah dalam hal ini Anwar Ibrahim menjadi " main character " bukan Saiful Bukhari.. Inilah insan terlebih wara' dan alim dalam hukum hakam Islam, dan siap pula merancang untuk berjelajah ke seluruh negeri untuk menerangkan kes liwat anwar ibrahim ini kepada orang ramai.

Jika sebelum ini PakLah mengatakan bahawa fitnah bermaharajalela dan berusaha mengstabilkan keadaan dalam negara,namun beliau tidak berhasrat menghalang tindakan Pak² Lebai UMNO untuk turun padang menjelaskan kepada orang ramai mengenai kes liwat anwar ibrahim kepada rakyat. Dulu mereka mengatakan jangan mempolitikkan hal peribadi, sekarang apa sudah jadi? Bukan sahaja mempolitikkan perkara peribadi orang lain malahan melemparkan tuduhan fitnah yang jahat. Bukankah perkara ini masih dalam siasatan polis? Malahan mengikut undang-undang syara` sekiranya Saiful Bukhari tidak dapat mendatangkan 4 saksi maka automatik Anwar Ibrahim difitnah.

Ulasan ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, dalam hal ini Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf."Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," kata beliau.

Sebenarnya mereka yang suka membuat fitnah adalah dari kalangan Orang UMNo sendiri, pemimpin² Lebai ini bukan sahaja suka mengfitnah, malah mereka juga buat² reti hukum Islam bila bercakap isu Mubahalah. Mereka pandai suruh Anwar Ibrahim junjung Quran, tapi buat² tidak pandai untuk melaksanakan Hukum Quran di negara ini. Inilah ciri-ciri orang munafik yang telah lama ada dalam diri setiap pemimpin UMNO.



by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.