Subscribe

Apa Jenis Org Liur Bebuih Di tepi bibir? korang suka?


TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik tidak sepadan. Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi , Anwar sepatutnya tidak layan Shaberry, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini. Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh. Bagi Shaberry dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shaberry meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.ini akan memberi impact yg sgt besar kpd rakyat dan kumpulan umno yg masih ngong di pedalaman melihat karisma anwar.

Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.begitu juga dgn pencacai nodin kadri jawa teluk intan,bapak BTN umno be end yg nampak sgt b0doh teramat-amat dan menambah sikap lembu yang ducucuk hidung.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu yg masih baru.

Sebagai rakyat bawahan, aku amat mengharapkan ada penjelasan yang dibuat oleh wakil kerajaan tentang mengapa kerajaan perlu menaikkan harga minyak bukannya menghentam peribadi pihak lawan.Sepatutnya Sabree sebagai wakil kerajaan mampu menjelaskan rasionalnya kenapa minyak perlu dinaikkan tetapi segalanya mengecewakan.Ternyata hujah DSAI lebih teratur dan mempunyai isi berbanding dengan Sabree dan wakil seperti Dr.Nordin Kadri pula tidak melambangkan imej sebagai naib canselor UUM, tidak memahami arahan iaitu menanyakan soalan bukannya membuat ulasan.Bagi aku wakil kerajaan gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Shaberry dgn angkuh merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Datuk . Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja.

by TKO

2 comments:

UMI ABRAR said...

HABIS SAHAJA DEBAT, SHABERY TAKUT2 JE GI ROSTRUM BUAT2 KEMAS KERTAS2 DIA...KERTAS APA LA AGAKNYA YANG DIA STUDY EK...DSAI LAK G HULUR TANGAN NAK JABAT NGAN DIA...HEHE, NERVOUS LA PAK MENTERI X CUKUP UMUR TU...

tamupulaumelaka said...

Markah per 100:
Agendadailyu -98
Datuk JJ -92
DSAI -87
DASC -47
DDNK -42
ZS - 42
PENONTON -50
WARTAWAN - 60
PENGAWAL - 35.......OK ke

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.