Subscribe

Bala hilang?



Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu dan menariknya balik sehari selepas itu kini tidak dapat dihubungi.Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Kumaresan yang sangat rapat dengan Bala dan juga merupakan anak saudara kepada Bala telah ditemani seorang peguam, membuat laporan polis Brickfields berhubung perkara tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa Bala tidak mungkin bersembunyi.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Balasubramaniam adalah selepas penyiasat persendirian itu membuat akuan berkanun pertamanya pada 1 Julai.

"Beliau menyerahkan satu salinan kenyataan asalnya kepada adik saya, Segar, untuk disimpan," katanya, sambil menambah, beliau tahu yang bapa saudaranya akan mengumumkan dokumen tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kumaresan berkata, dia dapat bercakap dengan isteri Balasubramaniam pada malam Khamis selepas sidang akhbar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menurutnya, tiada apa yang tidak kena pada masa itu.

Bagaimanapun, Kumaresan percaya Balasubramaniam dan keluarganya hilang pada pagi berikutnya, pada hari akuan kedua dibuat, dan tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Kumaresan memberitahu pemberita bahawa agak luar biasa bagi
Balasubramaniam dan keluarganya berbuat demikian kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Jika beliau ditahan, kami mahu polis memberitahu kami. Saya tidak fikir beliau sedang bersembunyi," tegasnya, sambil menambah, Balasubramaniam tidak pernah menyatakan dia dalam bahaya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tiba di balai polis tersebut kemudiannya, memberitahu pemberita bahawa PKR bimbang dengan keselamatan Balasubramaniam.

Tegasnya, inilah yang akan berlaku jika tidak ada undang-undang untuk melindungi saksi atau pemberi maklumat.

Chua adalah antara tiga ahi Parlimen Pakatan Rakyat yang turut berada di balai polis Brickfields untuk memberi sokongan kepada Balasubramaniam.
Tulis sambungan post di sini

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.