Subscribe

Bala tarik balik beberapa perenggan akuan bersumpah

UtusanMeloya: Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya berkaitan hubungan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Balasubramaniam menarik balik akuannya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita secara ringkas ketika hadir bersama peguamnya di salah sebuah hotel di sini hari ini.



Sementara itu, peguamnya, M. Arulampalam mendakwa ketika Balasubramaniam membuat kenyataannya semalam di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau amat marah dengan kerajaan.

``Tetapi hari ini, Balasubramaniam telah menyedari kesilapannya,’’ ujarnya.


Petik dari : Utusan Meloya

5 comments:

Anonymous said...

aku rasa ini satu lagi konspirasi .. Mana tau letak pistol kat kepala bala?? Ugut nak letup keluarga Bala plak ?? mana tau ?? Siapa lah anwar nak ugut Bala. Bukan die seorang perdana Menteri. bukan TPM. Orang takde pape. Logik!!

Anonymous said...

stupid Bala..cakap tak pakai otak..
yang PKR pon sama..siap buat conference tanpa siasat kewarasan akal fikiran si Bala..

Anonymous said...

betul gak. Cek la dulu Bala ni waras ke tak.

Anonymous said...

aku sokong mufti perlis..suh diorg angkat sumpah pakai Al-Quran!!konfirm Allah yang menghukum bukannya manusia(mahkamah)..

TAMU PULAU MELAKA said...

Kata orang, politik adalah satu game.Mainan. Main politik. Politik main-main. Sama le tu. Bila jadi mainan maka ada muslihat, tektik dsb. Ada suka ada sakit.Ada mula ada tamat bila wisel ditiup atau apa2 halangan. Kini akibat politik, fitnah, umpat, serang n bunuh juga jadi main2.Bala pulak bawa bala.Sekali aku bersumpah, kemudia taribalik apa mace, ape suda jadi. macam tak serius belaka. Minyak naik juga, hidup marhein makin berat. Ingat sape2 yg hati jahat, lambat laun nahas kamu!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.