Subscribe

Bung Mukhtar Memberi Alasan Lagi


Baru beberapa hari lepas saya telah post satu artikel berkenaan seorang pemimpin Barisan Nasional dari Kinabatangan, Bung Mukhtar, yang telah membuat isyarat lucah di parlimen. Sesiapa saja yang waras patut marah kepadanya. Tapi Bung Mokhtar kelihatan seperti seorang badut tua tatkala cuba membuat penafian tentang aksi kurang sopannya itu.

Bung Mokhtar walaupun nampak garang, rupa-rupanya dia tidak berani untuk mengaku dan bertanggungjawab keatas perbuatannya yang terlanjur itu. kalau tengok rupa fizikal, memang tidak padan seorang yang berbadan besar ini sebenarnya seorang pengecut.Saya dah agak perkara ini akan menjadi satu isu memandangkan isyarat lucah itu boleh disaksikan oleh 21 juta rakyat Malaysia.

"Ya, memang saya buat tetapi bukan itu maksudnya. Setiap orang ada persepsi sendiri dan ia bukan biadap dan bukan apa yang orang fikirkan," kata ahli Parlimen Kinabatangan ketika ditemui di lobi Parlimen.
Dia sebaliknya berkata, ia merupakan pergerakan tapak tangan memukul tangan yang digenggam.

Bung Mukhtar ingat dia mampu memperdaya rakyat yang menyaksikan isyarat lucahnya itu dengan alasan sedemikian walhal rakyat sudah biasa dengan pemimpin UMNO yang bermulut celupar, lucah dan pengecut sepertimana beliau.Dulu semasa pilihanraya kecil di Pahang juga kita telah menyaksikan aksi serupa sambil menonggekkan punggung kepada parti lawan. Siapa?? Siapa lagi kalau bukan Adnan Yaakob. Inilah pemimpin berpaksikan Islam Hadhari yang sesat.Inilah pemimpin UMNO.



Seorang teman saya berkata :

"Jadi mungkin disebabkan rakyat dinegara ni terlalu banyak menonton filem2 lucah yg begitu mudah didapati dipasaran dan seoleh2 kurang mendapat perhatian drp pihak kerajaan, maka lama kelamaan rakyat bermindakan otak lucah nie juga akan memangkah melalui proses pilihanraya para2 pemimpin mereka yg suka beraksi lucah sebegini. Jangan terperanjat suatu hari nanti ada dikalangan pemimpin2 UMNO kesayangan kita ni akan terlibat dlm pembikinan filem lucah ataupun menjadi hero diatas kati dalam filem lucah tersebut....tunggguuuuuu."

by Farhan Shah

3 comments:

Anonymous said...

rakyat yang pilih, nak buat macam mana. Pemimpin UMNO kalo bagi percentage, dalam 5% pun tak sampai boleh dikatogori baik. Macam harammmmm...

Tamu Pulau Melaka said...

Kasihan itu Bung. Usia tuanya masih menggunakan mulut dan tangan kurniaan Tuhan itu untuk celupar dan lucah. Wakil rakyat macam ni dilantik memimpin puak2 MP Be End...hai entahlah memang dasar jenis tak tahu malu padahal berada di dewan mulia!?!?!?!

Anonymous said...

He is a shameless animal politican posting as a politican in Malaysia Parliament

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.