Subscribe

CORETAN KISAH TAHUN LALU


Suatu petang pada pertengahan tahun lepas, saya berada di sebuah restoran bersama seorang kawan. Minum petang secara kebetulan setelah bertemu dengan kawan yang lama tidak berjumpa.

Sedang kami bercakap-cakap, masuk seorang hamba Allah yang agak kusut masai personalitinya. Nampaknya dia seorang yang 'kurang' apabila dia kelihatannya banyak berbicara seorang diri. Sambil memandang kami pelanggan-pelanggan yang ada, dia bertutur lancar dan agak kuat suaranya. Mungkin ingin menarik perhatian kami semua. Antara butir-butir kata yang sempat saya denngar ialah:

" kita lo ni kena peritah ko hatu-hatu . banyak hatu-hatu jadi oghe besa, pelik sungguh". (kita sekarang diperintah oleh hantu-hantu. banyak hantu menjadi pemimpin, pelik sungguh).

Seorang pelanggan yang ada kedengaran bertanya mengapa dia berkata demikian.
Dengan cepat dia menjawab:

" bakpa tidaknya, ada puak tu hak patut kena reje bokte kih zina. telibat kih eda dadah, patut kena gatung. tapi telepah, ada kih bunuh oghe, patut kena bunuh balik, tapi sume dok hido' lagi. tak kena hukung, jadi oghe besa kita pulak tu". ( Kenapa tidaknya, di kalangan mereka yang patut kena rejam sebab berzina, terlibat kes edar dadah, sepatut kena gantung mati tapi terlepas, ada kes bunuh orang, patut kena hukum bunuh balik, tetapi semuanya masih hidup, tidak dihukum, malah ada yang menjadi pemimpin kita pula).

Kami berpandangan sesama sendiri mendengar hujah orang yang kami anggap 'kurang' itu. Sama ada benar tidaknya kata-kata beliau, kami rasa perlu ambil masa untuk berfikir sejenak dua. Hal ini ada kaitan dengan urusan pentadbiran dan undang-undang yang diamalkan di- negara kita sejak lama. Tidak Islamik. Cuma kita dapat katakan ' apa boleh buat ', sampai bila kita kena ikut mendendangkan lagu Si Luncai itu, biarkan...biarkan.

Sedikit coretan kisah benar itu memberi ingatan kepada saya betapa 'orang kurang' pun boleh menilai suasana yang berlaku di tanah air tumpah darahku ini. Saya rasa kegawatan yang terjadi, yang mungkin akan menempah bencana yang semakin berat kepada bangsa dan negara adalah merupakan hukum karma kerana kejahilan dan kefasikan yang berleluasa.

Tetapi malangnya bagi sesetengah orang , mereka tidak menyakini apa-apa bencana yang berlaku sebagai hukuman Tuhan. Akibat ego dengan ilmu dan kuasa, mereka lebih suka menganggap bencana itu adalah biasa saja, fenomena alam dan sebagainya.

Ingatlah bahawa Allah Taala telah menyatakan bencana dan kerosakan yang berlaku adalah akibat perbuatan tangan ( kuasa & sengaja) manusia sendiri. Allah Taala juga menceritakan semula kisah kerajaan @ umat-umat terdahulu yang musnah adalah kerana kemungkaran mereka menolak hukum-hukum Allah dan para rasul-Nya di samping tidak amanah (khianat) , tidak adil (zalim) dan membiarkan berbagai kemaksiatan berlaku. Malah mereka menentang hebat para rasul, nabi-nabi dan orang-orang menegakkan kebenaran. Semua itu adalah 'ibrah pengajaran kepada kita semua.


by AbdulHadi Muhamad
http://abdulhadimuhamad.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.