Subscribe

DBKL INGIN MENGGERUDI STADIUM BUKIT JALIL BERSAMA INUL - Ref Malaysiakini

Nampaknya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin 'menggerudi' Stadium Bukit Jalil bersama-sama Inul kerana itulah DBKL mengeluarkan permit atau kebenarannuntuk 'menggerudi' di stadium tersebut.

Malang sekali bagi DBKL yang membenarkan tarian lucah dan menggiurkan seperti ini dipertontonkan di Kuala Lumpur sedang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak mengeluarkan kebenaran untuk Inul mengadakan persembahan di Johor Bahru baru-baru ini.

Apa maslahat DBKL sehingga sanggup bersekongkol mengadakan persembahan lucah seperti ini. Tidak adakah sekelumit perasaan risau dan bimbang tentang gejala sosial yang semakin meruncing akibat dari gejala hedonisme yang dahsyat sekarang. Atau mungkin pihak berkuasa DBKL juga kaki dangdut goyang pinggul yang tiap-tiap hari menyaksikan bont*t Inul di kaca TV mereka dengan menayangkan VCD di rumah atau di tempat lain.

Amat malang sekali kalau persembahan ini diteruskan sedangkan ulama'-ulama' Indonesia mengharamkan persembahan Inul. Mana nas dan hadis yang DBKL pakai bagi menHALALkan atau mengHARUSkan persembahan menggiurkan ini.


DBKL yang mentadbir Kuala Lumpur negeri keenam Pakatan Rakyat (kalau Kuala Lumpur itu negeri) sepatutnya peka dengan sensitiviti rakyat terutama yang beragama Islam. Malah saya yakin rakyat yang belum beragama Islam juga tidak suka kepada persembahan seumpama ini yang jelas memperagakan bentuk badan, bont*t dan lain-lain bahagian yang kalau disaksikan oleh lelaki normal sudah tentu menelan air liur.

Saya menyokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) yang membantah sekeras-kerasnya penganjuran persembahan yang langsung tidak ada manfaatnya ini.
Kenyataan DPPWP di dalam Malaysiakini :-

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya konsert Inul Darastista yang terkenal dengan 'aksi goyang pinggulnya' yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil Ahad ini."Tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert Inul (foto) tersebut akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL."Seharusnya pihak kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama-ulama Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah."Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. Walaupun dibantah oleh Pemuda Wilayah tapi pihak DBKL berdegil.

"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya," kata Herman dalam satu kenyataan hari ini.Rakyat tempatan tolakSehubungan itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburator Dung yang dibelasah oleh penonton di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini.

"Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. "Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini," katanya.Menurutnya, walaupun apa jua alasan yang diberikan, Pemuda PAS Wilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. "Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau di tanahair sendiri.

"Jika konsert ini berlaku, maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka," tegas Herman.Oleh itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah berharap agar kerajaan mengambil serius perkara ini bagi menjaga imej negara sebagai anggota Persidangan Negara Islam (OIC).

Oleh : SIAPA INSAN KERDIL INI?

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.