Subscribe

Debat Ahmad Shabery-Anwar diteruskan malam ini


15/07/2008 10:06am

KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.

``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.






by UTUSAN MELOYA

1 comment:

tamupulaumelaka said...

Salam. baru sebentar tadi lihat debat mantan TPM & Menteri Kewangan DSAI vs Menteri Penerangan bakal mantan (sebab nak letak jawatan)Datuk Sah Beri Cheat.Mujur berlangsung juga tapi dikawal rapi FRU di luar DBP. Tahniah kepada DSAI Agendadaily dan Datuk JJ.Datuk SahBeri banyak cakap keluar dari maudho'. banyak usik perasaan DSAI dgn membangkit sejarah lama. Bestnya DSAI tak terus emosional,tapi smash beliau cukup baik.Memulang buku buah keras. Menteri itu terkial lari tajuk hingga berbuih mulut. Menteri itu juga agak memakan masa walau loceng dah berbunyi, mengungkit,kurang rasional dan agak gugup walaupun cuba menyembunyikannya. Markah: DSAI 83%, Menteri 47%. (Markah ikut skema sekolah).

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.