Subscribe

Demo Aman di Depan Masjid Al-Rahman


Baru sebentar tadi, satu demonstrasi aman telah dianjurkan oleh gabungan mahasiswa luar di depan Masjid Al-Rahman setelah selesai solat jumaat. Demo aman yang berlansung lebih kurang pukul 2.15 petang tadi menyentuh tentang isu kepimpinan di Malaysia

Demo ini bertujuan supaya pihak polis, badan kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat satu siasatan yang telus dan adil berkenaan isu liwat Anwar Ibrahim, kes Altantuya yang dikaitkan dengan Najib, kes Gani Patail dan Musa Hassan. Mereka yang terlibat digesa meletakkan jawatan masing-masing semasa siasatan berlansung agar segala siasatan dapat dilaksanakan dengan licin tanpa sebarang campur tangan. Hal ini penting bagi mengelakkan segala persoalan yang timbul, memandangkan orang yang terlibat dengan kes-kes tersebut masih lagi berkuasa memegang jawatan.

Seorang demonstator berkata “ Saya bukanlah Pro-Anwar Ibrahim.Tapi saya tidak bersetuju dengan cara penangkapan beliau, seolah-olah beliau seorang penjenayah. Tak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim juga dibogelkan semasa siasatan berjalan. Adakah ini cara betul pihak polis melayan seorang suspek? Dalam masa yang sama orang-orang yang tertentu menggunakan kuasa mereka untuk mengerah polis,tentera, BPR dan lain-lain. Kami taknak perkara sebegini berlaku. Seolah-olah satu darurat telah diisytiharkan walhal perkara tersebut tidak pun berlaku. Kami bukanlah menyokong mana-mana parti politik. Pendirian kami hanya mahukan satu je. KETELUSAN. Masalah ketelusan ini lah yang diragui”

Walaupun demonstrasi aman ini tidak berjaya dilancarkan setelah campur tangan pihak berkuasa, namun kesedaran yang wujud di kalangan para mahasiswa dan penduduk setempat wajar dipuji. Kekacauan politik tanah air yang teruk setelah kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lepas telah mendesak mereka.agar satu siasatan yang telus dan professional dijalankan dengan saksama mengenai isu-isu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.