Subscribe

Dengar apa kata DSAI.........

"Assalamualaikum..,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.

Awas putar belit UMNO.UMNO semakin terdesak.apa jua yang boleh diputar belit pasti diputar belitkan.Kata TGNA pun UMNO dah mula putar belit,kata Karpal Singh pun UMNO boleh putar belit.Khir Toyo semakin mengoyang,PM semakin sasau dan media perdana seperti BERNAMA,UTUSAN MELOYA,BERITA HARIAN,THESTAR serta media elektronik sperti TV# SUKU dan RTM diguna sepenuhnya sebagai agen putar belit.Amat malang kalau masih ada yang percaya kepada berita berita dari sumber berita perdana ini.Tidak kurang juga blog blog digunakan untuk menyebarkan berita putar belit yang berkisar dengan kisah kerjasama PAS-UMNO,DNA DSAI serta tergugatnya PR kerana DAP sudah tidak mempercayai PAS lagi kerana usaha PAS untuk bersatu dengan UMNO atas nama perpaduan melayu.Sungguh licik kerja UMNO dan awas selepas ini kerja putar belit akan menjadi lebih licik.Kalau diberi perhatian kepada berita berita begini maka masalah rakyat sebenar ekoran harga minyak yang tak nak turun turun dan inflasi yang semakin meningkat serta kemungkinan kemelestan ekonomi akan dilupakan rakyat kerana sibuk dengan isu penyatuan PAS-UMNO dan kesibukan keretakan PR.UMNO masih menyimpan angan angan mengambil beberapa negeri yang terlepas kepada PR dengan kerjasama PAS dan memainkan isu perpaduan MELAYU.Ingat TGNA kata penyatuan mesti atas dasar ISLAM(yang ini sering dilupakan oleh putarbelit UMNO) dan mesti terbuka kepada semua kaum bukan melayu sahaja(ini juga dilupakan oleh UMNO).Berikut komen DSAI mengenai putar belit UMNO yang semakin terdesak:

Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai PRU12 8 Mac lalu.


Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Tuan Guru Ustaz Hadi dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat.

Justeru itu kita harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan Khir Toyo yang menyelar saya sebagai penghalang utama ke arah pembentukan Kerajaan Pas-Umno di Selangor.

Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi. Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini saya tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan.

Malah dalam perbualan talipon saya pagi tadi dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor.

Ketika itu Ustaz Hadi menalipon saya menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan Pas menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.

ANWAR IBRAHIM

by Notan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.