Subscribe

DNA BLEH TUKAR KALER AGAKNYA...

PM: DNA yang ada, sudah lama..

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.


Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.

Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.

Perdana Menteri berkata Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.

Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi untuk menganiayai Anwar dalam siasatan kes ini.

"Kalau beliau rasa tidak bersalah, mengapa perlu risau dengan DNA yang baru? Yang penting, kalau tidak bersalah, berikanlah DNA itu.

"Saya memberi jaminan, isu ini hendak diselesaikan dengan segera," katanya.

Beliau berkata Malaysia tidak dapat membetulkan semua tanggapan antarabangsa terhadap isu ini yang didakwa mempunyai unsur konspirasi.

"Pada bila-bila masa, saya memberi jaminan siasatan terhadap isu Anwar dibuat secara profesional.

"Saya telah menyatakan perkara siasatan ini kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya datang jumpa saya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar hari ini berkata penasihat PKR enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas.

Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner.

"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa.

"Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."

Pada 1998, Anwar dituduh menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya.


YA SEKALIAN RAKYAT JELATA...TENGOKLAH TAHAP IQ MEMANDA DATUK PERDANA KITA NI...DIA SURUH AMIK DNA LAIN...DNA LAMA TAK BOLEH PAKAI DAH...AYYO...AGAKNYA DIA INGAT DULU DNA ANWAR KALER BIRU GELAP...KOT2 SEKARANG KALER BIRU MUDA ALA2 HIJAU AGAKNYA....KATANYA KALAU ANWAR TAK BERSALAH APA TAKUTNYA NAK BAGI DNA...ANWAR BUKAN TAKUT NAK BAGI DNA..CUMA TAKUT ASAL TAK BERSALAH TETIBA JADIK SALAH...AMIK DNA SESEORANG SEKALI SEUNUR HIDUP CUKUP...SEMUA ORANG DI DUNIA KOD DNA TAK AKAN BERUBAH SAMPAI MATI....KE MEMANDA DATUK PERDANA NAK SIMPAN BANYAK2 SAMPEL DNA ANWAR....YE LA, KOT DIA NAK BUAT KLON ANWAR SATU HARI NANTI...

by UMMI ABRAR

4 comments:

Anonymous said...

Kalau pakai yg lama pulak, dikatakan yg lama tu dah pun dimanipulasikan. Kalau nak yg baru, dia suruh pulak pakai yg lama. Bila disuruh ambil pakar luar negara, banyak lak dolak-dalihnya..

Aku pun undi PKR gak masa time pilihanraya, tapi kau percaya ke si Anwar ni bulat2?
Kot ye pun nak sokong dia ni, janganlah fanatik sangat..

Wong fei hong 19 said...

Hoi apa yg ko merepeknie ape yg fanatik!
Dah sah yg kes dulu tu fitnah semata apatah lagi yg ni.. yg kes altantuya tu apesal semua yg terlibat ada kaitan dgn najib.. ko tak pikir kah?

Kalau DNA ko yg kena manipulasi apa ko rasa a..? ko nak percaya kat polis lagiker ?

Bom C4 dan pemusnahan rekod imigresen altantuya kan jelas yg pihak brkuasa terlibat. ko pikirla sendiri..undi PKR la konon piiiiiiirah.

joshua said...

percaya bulat2 ke, lonjong2 ke...yang penting memang sah2 DNA lama dimanipulasi...bukan suruh guna sampel lama...result tu sure dah simpan dalam database...dia nak yang baru tu bukan apa, memang yang lama result dah kena putar belit...tu x leh pakai...kalau bagi kali kedua gaya putarnya lain skit je....undi PKR konon....blahhhh!!!

CheDeTKaTa said...

Yang dulu dah dimanipulasi.. Yang skrang nak ambil lagi nak manipulasi sbb yang dulu zaman Chedet. Skrang zaman PakLah. Kalo Zaman PakLah tiru zaman CheDet nanti tak power la PakLah dituduh peniru. Ada skill beb nak buat jahat pun!! hahahah

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.