Subscribe

Dr Wahbah Zuhaily:Islam Hadhari Sesat Dan Menyesatkan

" Sah! Ia sesat lagi menyesatkan. Demikian tokoh ulama' tersohor masa kini menjawab ketika diajukan soalan oleh student Malaysia di Syria mengenai Islam Hadhari Malaysia . Dr Wahbah Az Zuhaili sangat dikagumi di seluruh dunia kerana keupayaannya menyusun ensiklopedia Fiqh berjudul Fiqh Islami Wa Adillatuhu yang membincangkan kesemua aspek Fiqh Islam dan menjadi rujukan kepada umat Islam seluruh dunia.

Beliau juga dikagumi kerana keupayaannya menyusun Tafsir Al Munir yang menafsirkan Al Quran 30 juzuk dengan tafsiran lughawi, asbabunnuzul, syarah ayat dan fiqh serta pengajaran yang hebat.

Beliau telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dalam misi lawatan sama ada jemputan oleh kerajaan, mahupun pihak lain.

Apa yang menarik, dalam dialog dengan pelajar Malaysia itu, beliau berkata, "Saya sangat rindukan Syeikh Abd Hadi Awang...."


ISLAM HADHARI SESAT!!! SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.

Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan sa tu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

"Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki)," jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

"Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari", jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.

Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia . Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.