Subscribe

EZAM CARI PUBLISITI MURAHAN, NAK CABAR ANWAR DI KULIM-BANDAR BAHARU - Ref Malaysiakini

Oleh: SofiWahab


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang kembali kepada Umno, Ezam Mohd Nor hari ini mencari publisiti murahan apabila menawarkan diri untuk bertanding menentang Anwar di Parlimen Kulim-Bandar Baharu andaikata Mahkamah memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen tersebut.

Ezam yang sememangnya sedang mengintai apa juga isu untuk menonjolkan diri tangkas mempromosikan dirinya untuk bertanding di kerusi tersebut walaupun sebenarnya Ezam tahu peluang beliau untuk menang adalah tertutup rapat andaikata pilihanraya itu berjalan dengan telus dan mengikut lunas demokrasi.

Beliau sendiri mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini.
"Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," kata dipetik dari Malaysiakini, ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac.diisytiharkan tidak sah.

Inilah manusia yang sanggup buat apa sahaja asalkan namanya tidak tenggelam dan dilupakan sebagaimana yang terjadi kepada bekas orang kuat KeADILan seperti Ruslam Kassim, Zahid Mat Arip, Lokman Noor Adam, Dr Abdul Wahid Suhaimi dan lain-lain yang bukan sahaja ghaib malah 'ghuyub' dari kamus Umno.

Memang Ezam ini seorang yang tak sedar diri kerana kita tahu bukan mudah untuk Umno Bahagian memberikan pelepasan untuk beliau bertanding sedangkan ramai lagi 'penyangak' yang terdiri dari pimpinan Bahagian Kulim-Bandar Baharu mengintai peluang untuk bertanding di kawasan tersebut. Ini termasuklah calon yang tersungkur pada Pilihanraya Umum lalu iaitu Aziz Sheikh Fadzir yang semakin dilupakan selepas membawa diri dari pergerakan Pemuda Umno. Beliau telah dimalukan oleh Zulkifli Nordin yang menewaskan Aziz di kerusi tersebut dengan majoriti lebih dari 5,000 undi.

Apakah Ezam ingin masuk lubang dan mengambus dirinya sendiri jika bertanding di kerusi parlimen ini lebih-lebih bertanding dengan bekas mentornya Anwar yang terkenal mempunyai pengaruh yang kuat di Permatang Pauh dan negeri-negeri utara. Lebih-lebih lagi Kulim-Bandar Baharu terletak bersebelahan dengan Permatang Pauh.

Saya nasihatkan Ezam supaya duduk diam dan jangan buat bising sebab sebenarnya bukan sahaja ahli-ahli PAS dan PKR yang meluat kepada beliau tetapi ahli-ahli Umno juga menyampah kepada beliau kerana masuk Umno atas kepentingan tertentu. Jadi tidak perlulah Ezam menonjol-nonjolkan diri kerana ibarat pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
by Mutaligat

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.