Subscribe

Gulingkan Kerajaan Gila...

Agak melucukan apabila membaca tajuk utama yang dipaparkan dalam surat khabar hari ini:-

“Tawaran Kepada PAS” – Utusan Malaysia
“Tajol Rosli gila talak, ajak PAS bentuk kerajaan di Perak?” - Harakahdaily

Memang sah Tajol Rosli dah gila. Bukannya gila talak tapi benar-benar gila. UMNO juga semakin sasau.

Takkan Tajol Rosli dan UMNO dah lupa yang negeri Perak bukan lagi dibawah kuasanya? Macam mana seseorang itu boleh menawarkan sesuatu yang bukan miliknya kepada orang lain? Lupakah lagi Tajol dan UMNO yang MB Perak sekarang ni adalah dari PAS? Macam mana Tajol dan UMNO boleh menawarkan jawatan yang sememangnya milik PAS kepada PAS. Anda pun mungkin semakin pening membaca tulisan saya ini. Tak mengapa, asalkan anda tak jadi gila seperti Tajol dan UMNO.

Mungkin anda pernah terbaca tentang sesorang lelaki baru ditipu oleh skim cepat kaya menaiki basikal ke stesyen minyak untuk mengisi minyak kedalam tangki basikalnya. Itulah lagak yang ditunjukkan oleh Tajol dan UMNO sekarang ini

Logiknya, kalau benar-benar UMNO mahu berbaik dengan PAS, kenapakah mahu ambil sesuatu yang menjadi milik PAS. Kenapakah ditawarkan jawatan MB di negeri Perak? Itu bukan lagak untuk berbaik. Itu lebih kepada lagak pembohong dan penipu. Bukankah lebih realistik kalau dtawarkan sesuatu yang menjadi miliknya. Tawarkanlah jawatan MB kepada PAS di negeri Johor, Pahang, Trengganu, Perlis atau Negeri Sembilan. Tawarkanlah jawatan Ketua Menteri kepada PAS di negeri Melaka, Sabah dan Sarawak

Barulah terserlah sedikit kecerdikan dan keikhlasan tu..


Alhamdulillah YB Ir Nizar masih waras untuk tidak bercampur dengan orang-orang bodoh dan gila. Dan diharap selepas ini, tiada lagi pemimpin PAS yang akan berurusan secara senyap-senyap dengan orang bodoh dan gila. Amat malang sekali kalau ada pemimpin PAS diperbodohkan dengan tawaran orang bodoh dan gila.


Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor adalah milik Pakatan Rakyat…Janganlah lagi ada individu-individu yang menggunakan nama parti untuk merelakan diri ditipu dengan tawaran jawatan dinegeri yang sudah kita miliki..Sebaliknya gandakan usaha untuk mengambil alih kuasa yang dipegang oleh orang-orang yang bodoh dan gila ini….

by SaF

1 comment:

orang tapang said...

lepas pru12 banyak perkara menarik, menyakit dan lucu berlaku. menariknya ialah PR meneraju 5 negeri. menyakitkan ialah harga minyak2 dan barangan naik,berita2 fitnah/jahat berleluasa.lucunya ialah perkara/isu muzakarah, muqabalah dan pelbagai tawaran Umno (bukan BN) kepada Pas. Siapa Umno? mengapa Umno?...mengapa si tajol baru bersuara, sedangkan kata MB Ir Niza, tajol (mantan MB yg tak gentleman tu) belum hadir serah alih kuasa MB Perak kpd beliau???
Katanya nak bincang dgn Pas nak bagi jawatan MB.lucu deh.jawatan tu dah milik Pas/PR. kenapa tak tawarkan juga kepada MB Kelantan, Kedah, PPinang n Selangor!!! lagi sasau. agaknya tajol masih bermimpi dia masih punya kuasa, lalu dijanjikan itu ini.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.