Subscribe

Harga runcit petrol/diesel tak akan turun, percayalah

Harga minyak mentah di pasaran dunia telah mula turun, kerisauan tentang perang dan program nuklear di Iraq sudah beransur lega. Begitu juga berita mengenai serangan kepada pekerja-pekerja minyak oleh pengganas di barat Afrika terutamnya di Nigeria sudah berjaya dipatahkan.

Kerajaan Malaysia, macam biasa, telah mengambil langkah awal dengan menaikkan harga runcit petrol dan diesel di pum setelah harga meningkat lebih USD130 setong bulan lalu. Kenaikan sebanyak 40% itu berkuatkuasa tidak sampai 12 jam dari masa pengumumannya.

Ini menyebabkan keadaan seperti berlaku kekecohan di petrol pum di seluruh negara. Setakat hari ini, harga minyak mentah berlegar disekitar USD120 setong. Menurut beberapa pakar ekonomi, ada kemungkinan harga minyak mentah akan menurun di bawah paras USD100 setong tidak lama.

Didalam keadaan harga minyak dunia yang beransur lega, aku sebagai rakyat Malaysia yang dah masak dengan cakap-cakap politik UMNO, memang confident harga petrol dan diesel di pum tidak akan diturunkan.

Walaupun jaminan dan janji telah diberikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Abdul Samad bahawa, kerajaan akan mengkaji harga runcit petrol dan diesel jikalau harga minyak mentah di pasaran dunia menurun. Tetapi, kaji tinggal kaji aja la. Buat membazir kertas A4 aja kajian tersebut. Harga runcit tetap tidak akan diturunkan. Macam biasa, itu janji dan cakap politik UMNO yang dari dulu kini dan mungkin selamanya tak boleh dipercayai.

Jika kita imbas balik, semasa kempen pilihanraya yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib sendiri memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya. Tapi, berapa bulan selepas itu, harga petrol dinaikkan lebih dari 40%.

Pada februari tahun lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol di pum sebanyak 30 sen iaitu dari RM1.62 kepada RM1.92. Pada ketika itu, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada lebih USD80 setong.

Media kerajaan pada masa tu, hari-hari dok canang pasal harga minyak mentah naik di pasaran dunia.

Tiba-tiba, tidak lama selepas itu, harga minyak mentah telah menurun ke paras antara USD45-55 setong.

Masa harga minyak mentah itu turun, Perdana Menteri ditanya adakah kerajaan akan menurunkan harga petrol atau tidak, ini kerana, beberapa negara di eropah sudah pun mula menurunkan harga petrol masing-masing. Tetapi, Perdana Menteri menjawap, harga petrol di dalam negara tidak akan diturunkan kerana dana yang tidak digunakan untuk subsidi itu akan digunakan untuk membiayai pembangunan- pembangunan yang lain – jawapan standard pemimpin UMNO.

Bila aku baca balik tulisan bloggermate aku, Lord Azaab di dalam artikelnya yang bertajuk “Beberapa perkara yang saya terfikir tentang Laporan Kewangan Petronas”. Jelas, aku paham bahawa kenaikkan harga minyak sebenarnya akan memberi faedah kepada petronas dan negara.

Buktinya cukup jelas, kenaikan harga minyak mentah dunia telah meningkatkan jumlah keuntungan petronas setiap tahun. Secara tidak langsung, kerajaan akan mendapat habuan dari cukai dan royalty yang dibayar oleh petronas.

Jadi, jikalau harga minyak mentah menurun, sudah tentu hasil kepada petronas dan juga negara akan menurun.

Oleh itu, jikalau hasil kepada kerajaan telah menurun, sudah tentu kerajaan tidak akan menurunkan harga petrol di pum-pum.

Berita mengenai kenaikan harga minyak hanyalah peluang untuk pemimpin UMNO terus merompak duit rakyat Malaysia secara halal.

Pesanan aku, jangan terpedaya lagi."

Dipetik dari : Awang Slumber

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.