Subscribe

HARGA SELAPUT DARA WANITA '2ND HAND'

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,” kata Lina

Dia yang berusia 28 tahun antara segelintir wanita di negeri ini yang pernah menjalani pembedahan seumpama itu di beberapa pusat perubatan sekitar bandar raya ini bagi membolehkan mereka memiliki selaput dara ‘tiruan’ sebelum menempuh alam perkahwinan untuk menutup keterlanjuran ketika zaman remaja.


Lina berkata, dia menjalani pembedahan itu di sebuah pusat perubatan di bandar raya ini awal tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga seminggu kemudian.

“Biarpun dihantui rasa bersalah dek kesalahan lampau, saya lega kerana selaput dara saya seolah-olah pecah dan berdarah pada malam pertama perkahwinan kami.

“Hingga sekarang, saya tak pernah menceritakan pengalaman hitam silam kepada suami. Bukan apa, saya takut dia tak dapat menerima kenyataan hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman damai dan saya baru saja menimang cahaya mata pertama, April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Dipetik dari : Harian Metro

2 comments:

Adam Trade said...

boleh bayar ansur kot!

Jil Fityan said...

skrang dunia makin maju.. serba serbi.. macam macam ada .. yang dah takde dara pun buat dara palsu.. bila dara pun boleh dipalsukan dan halal dibuat di Malaysia maka makin bertambah lagi lah gejala maksiat zina dikalangan muda muda kita.. Hebat tuan tuan... Ini malaysiaku tercinta...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.