Subscribe

Impian Khir Toyo, Igauan Kami....

Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk semeja.
Sengaja Khir Toyo mengenepikan Anwar dalam mimpinya sedangkan Anwarlah orangnya yang mampu memimpin Malaysia pada ketika ini. Mana mungkin impian ini tercapai jika the main playernya tiada peranan? Macam Manchester United tanpa Ronaldo, macam Argentina tanpa Maradona, macam Brazil tanpa Pele, macam Perancis tanpa Zidane....!!

Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Melayu cuma akan kembali menunjangi politik negara ini jika kita semua balik kepada Islam dan menerima Islam secara total. Selagi islam menjadi masalah kepada UMNO, kita bukan sahaja tidak menjadi tunjang malah jauh dari rahmat Allah s.w.t. Macama mana Allah akan makbulkan doa kita.?

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

Bior betul ko Khir Toyo? Yang teman tengok bukan hati gajah aje ko lapah, hati rimau, hati singa, hati buaya habis ko kebas. Hati nyamuk pun kita orang tak dapat. Ko poyo lah Khir....

Bangsa ini, bangsa berdaulat kembalikan kedaulatan tersebut.

Daulat apakebendenye? Mana bahasa bangsa ini? Mana ekonomi bangsa ini? Mana politik bangsa ini? Mana sosial bangsa ini? Mana agama bangsa ini? Oi Khir ni....ko ni...ni yang aku tak tahan ni...!!!
Masa ko ada kuasa ko buat tak tau semua tu. Bila ko dah hilang kesemuanya...baru ko nak terhegeh-hegeh. Harulah ko ni Khir...

by Kopitiam

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.