Subscribe

Insan Insan itu mula berkata.

Wah... Kes semakin rancak.. Hari ni kuar berita " Sebenarnya saya di liwat berkali kali oleh Datuk Seri ANwar Ibrahim " .. Ini kenyataan berani mati dalam pertuduhan yang berat ke atas DSAI.. Hebat. Saiful Bahari juga mengatakan dia dipaksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna DSAI yang telah memaksanya untuk menanggalkan pakaian (dengan pistol kot), ataupun DSAI sendiri yang menanggalkan pakaiannya dan buat ala ala rogol orang minyak,berkali kali kepadanya..Lepas tu buat lagi... lagi dan lagiiii.. Fuh..


"DSAI, mengapa kamu begitu tegar memperlakukan si saiful yang muda belia itu sedemikian? Apakah kamu tidak serik dengan pertuduhan padamu satu ketika dahulu? Jangan rasakan ini sebagai satu lagi peluang selepas kamu mendapat sokongan dan mandat rakyat selepas PRU12. Lagipun dosa meliwat ini besar. Lagi teruk dari Zina.Dibongkah bumi dihapuskan sepertimana berlaku pada kaum Luth." Kata si A.

Si B plak kata " Ini adalah fitnah yang paling buruk dikonspirasikan oleh BN kepada insan yang tidak bersalah. Benar,kes dahulu telah berlaku semula. Kes yang direka-reka dan diwujudkan untuk menjatuhkan DSAI.Kes dahulu telah membuktikan polis, hakim,Mahathir semuanya merancang satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan anwar.Maka tidak peliklah Amerika Syarikat telah cuba masuk campur dalam kes ini.. BN cuba menutup di atas kes yang telah menimpa segala kroni besar BN, Najib yang telah mengandungkan Altantuya, Rosmah yang tolong suami tutup kes dengan letupkan Altantuya,fail kes ada pada PaKLah diberi kepada KJ ( Khairy Jamaludin).. Segalanya yang terdedah hendak ditutup dengan kes ini. Sepertimana ditutup kes V.K. Lingam dengan pemberian Gratis kepada para hakim sekaligus menghina dato Mahathir Muhamad. Ini adalah satu pembohongan yang direka-reka. Mengalih perhatian rakyat dengan cerita dongeng penglipurlara murahan seperti Saiful Bahari.Menarik perhatian rakyat dengan berita Minyak naik yang tak glamour oleh PakLah"

Lagi hebat si Khairy Jamaluddin apabila pada pertuduhan awal liwat membabitkan Anwar Ibrahim dia mengatakan bahawa Anwar sengaja menyuruh si Saiful Bahari membuat laporan kepada polis dan beliau (Anwar Ibrahim) hanya mahukan publisiti murahan dan menagih simpati rakyat untuk terus menyokongnya. YaNna deeyy?? Ko cakap apa ni Khairy?? Apa ko ni pun sama dengan Mahathir Muhamad ka?? Dulu Mahathir mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sengaja mencederakan mata sendiri sehingga lebam untuk mendapat simpati rakyat. Macam ini ka Khairy?? sama je ko dengan Mahathir. Sama sama Kefarat!! Pemimpin ulung macam Anwar Ibrahim yang begitu professional ko nak tuduh macam tu?


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.