Subscribe

Isu Liwat.. "Bodoh"nya Kita


Mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Hospital Pusrawi semalam, saya ingin membuat sedikit analisis berkaitan kenyataan media tersebut.

1.Hospital Pusrawi semalam menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat. Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi."

Di sini ingin saya tegaskan bahawa kenyataan media ini mungkin tidak benar sama sekali dan mungkin Hospital Pusrawi telah ditekan oleh pihak tertentu untuk menafikan kesahihan laporan perubatan tersebut.

2. Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata "ia kelihatan sama".

Dari kenyataan di atas, dapat lah kita mengandaikan bahawa laporan perubatan yang telah tersebar adalah sahih. Ini kerana Wan Mahmood tidak menafikan bahawa laporan perubatan tersebut sahih dan tidak direka-reka oleh pihak tertentu. Beliau berkata "nampak sama tapi tidak sama." Ini bermakna salinan yang tersebar luas itu sama dengan salinan asal yang ada di tangannya.

3. Wan Mahmood berkata terdapat dua gaya tulisan tangan di laporan pemeriksaan kesihatan Mohd Saiful kerana dua doktor terlibat. "Memang ada dua tulisan"

Dari kenyataan ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa laporan yang tersebar luas itu adalah BENAR sama sekali. Ini bermakna Hospital Pusrawi telah melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap Saiful Bukhari yang telah mengadu diliwat.Pada mulanya Saiful datang dan hendak berjumpa dengan doktor. Dia dirujuk kepada doktor perempuan yang bertugas pada hari itu.

Tetapi apabila doktor perempuan ambil kenyataannya sedikit, sudah tiba waktu untuk pemeriksaan selanjutnya, beliau serahkan kepada doktor lelaki. Dari kenyataan yang dibuat, memang benarlah bahawa laporan perubatan tersebut adalah BENAR!!!

4. Kesimpulannya kenyataan media yang dibuat oleh Hospital Pusrawi adalah untuk menyelamatkan imej Hospital tersebut ataupun telah ditekan oleh pihak tertentu supaya menafikan apa yang telah tersebar..

"Bodoh"nya Kita..

PETIKAN DARI : aznan_ismail

2 comments:

Aznan_Ismail said...

di sini ingin saya tegaskan bahawa "bodoh" itu tidak merujuk kepada kebodohan kita. "bodoh" tidak sama dengan bodoh.. "BODOH" disini bermaksud pihak tertentu menganggap kita ini terlalu bodoh dan senang sgt ditipu dgn konspirasi jahat! kita tidak sebodoh itu... budak-budak pun dah pandai skrg..

Anonymous said...

tak tahu ape nak jadi apa yang leh dikomen disini Pusrawi nih di paksa or ditekan...kita dah tahu sape yang terlibat...takkan saiful nak paksa pusrawi ..sbb doktor mmg akan kuarkan laporan yang betul melainkan org yang betul2 berkuasa di malaysia nih...

saya tahu semua org tahu...dan org tuh sdg diambang kejatuhan sbb dia membongkar semua rahsia buruk diri dia dan kelemahan dia..huhu

manyak kotor ini org...selamat kan malaysia dia pemerintahan dia uhuks

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.