Subscribe

ISU MUZAKARAH: TENGGELAM ISU MINYAK, ISU PEMBUNUHAN ANTATUYA, ISU AKUAN BERSUMPAH

Bijak sungguh media perdana melarikan isu rakyat. Semua orang bercakap isu muzakarah. Kalau dulu sambil bubuh minyak , sambil maki Umno/BN, kerana minyak mahal. Kadang-kadang penjaga pam yang tidak berdosa pun kena marah kerana minyak mahal. Dia tidak berdosa yang berdosanya pemimpin dan orang yang mengundi BN kerana pemimpinnya telah menindas rakyat dan mencekik darah rakyat.

Memang pemimpin Umno ini daripada awal lagi tidak boleh percaya. Sejarah pengkhianatan Umno pada Islam dan Melayu amat banyak. Umno yang sudah berumur 62 tahun, kalau ikut umur umat nabi Muhammad SAW nampaknya umurnya semakin di hujung usia. Umno lemas sekarang, kalau ada buaya di depan pun ia akan berpaut. Ia memerlukan talian hayat kerana nyawa sebenarnya sudah tidak ada. Umno mengidap penyakit kritikal, kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut. Sudah nazak, untuk ditalqin sahaja.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah mainan media yang menjadi kuda tunggangan Umno untuk menghancurkan perpaduan parti dan menimbulkan rasa curiga di kalangan pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan keraguan supaya PR berpecah sesama sendiri.

Akhbar dan media perdana melaporkan (20hb Julai 2008 Ahad) Datuk Seri Abdullah Badwi mendedahkan ada 3 kali pertemuan dengan pimpinan tertinggi Pas membincang masalah Islam dan Melayu. Maka 20hb Julai 2008 malam Harakah Daily menyiarkan kenyataan Presiden Pas memang ada pertemuan selepas PRU 12 yang diwakili oleh YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato’ Mustafa Ali (Ketua pengarah Jabatan Pilihanraya pas Pusat), YB Khalid Samad Timbalan Pesuruhjaya Selangor.

Persoalannya kenapa Datuk Seri Abdullah Badwi mendedahkan perkara ini kepada media. Apa perlu beliau membuat kenyataan ini. Daripada awal lagi kita sudah melihat pemimpin Umno tidak jujur. Di sini kita boleh andaikan bahawa tujuan dia untuk memecah belahkan perpaduan PR dan menimbulkan kerisauan pengundi Pas yang kononnya Pas hendak masuk BN. Presiden Umno juga hendak menunjukkan kepada rakyat walaupun nampak lembek macam tidak cukup zat besi, tapi aku berjaya menundukkan Pas yang boleh dianggap “Singa Malaya” untuk ikut aku. Maka tertolaklah hujah yang mangatakan aku tidak bermaya seperti yang selalu dihujah oleh musuh politik dalam Umno sendiri.

Saya mengharapkan penyokong Pas dan pengundi Pas, jangan bimbang Pas bukan parti “Hasan Putu Mayong” tetapi Pas adalah jamaah yang ada prinsip, rujukan yang kemas dan organisasi yang mantap sehingga ke pelusuk kampong. Sebarang keputusan yang Pas hendak buat, tidak boleh secara peribadi ia mesti dirujuk kepada parti dahulu. Setakat artikel ini ditulis tidak pernah sepatah kita bincang untuk masuk BN (wali’yazubillah) dalam mesyuarat Pas Pusat. Pandangan peribadi tidak boleh diterima dan dipaksa untuk jama’ah. Percayalah Pas tidak akan mengkhianat amanah umat. Kita berpegang kepada hadis nabi SAW “Orang Islam berpegang kepada janjinya”. InsyaAllah sejarah persahabatan kita dengan orang lain, bukan kita yang meninggalkan kawan.

Saya mengharapkan program menganyang Umno/BN mesti diteruskan, talian hayat Umno mesti dikerat, bekalan oksigen mesti diputuskan supaya Pas sebagai penggantinya. Umno jangan cuba untuk jadi juara Melayu dan Islam. Kerana kamulah menyebabkan pemetaan politik rosak, sistem kehakiman, pengurusan ekonomi jahanam.

Isu muzakarah ini hanyalah satu lagi cubaan Umno/BN untuk mengalihkan perhatian rakyat dari membicarakan isu kenaikkan harga minyak dan kenaikkan harga barang serta isu pembunuhan altantuya dan akuan bersumpah Raja Petra. Banyak lagi isu besar lain yang kini cuba dialihkan dan semua usaha ke arah itu pasti tidak akan berjaya kerana Pas sudah bersedia mengadapinya.

Ayuh rakyat! tumpukan agenda rakyat yang sedang menghimpit rakyat dengan tekanan hidup dengan harga barang keperluan yang naik setiap minit, bukan lagi setiap hari.

Dikirim pada Julai 26, 2008 oleh idrisahmad (AJK PAS PUSAT)

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.