Subscribe

Jawatan TPM buat Pas?


Nampaknya, tawaran jawatan kepada PAS oleh UMNO datang semakin mencurah-curah . Cerita terbaru datangnya dari Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob yang menawarkan jawatan Exco kepada wakil rakyat Pas jika Pas sanggup bergabung atau berkerjasama dengan UMNO.

Tawaran ini sedikit sebanyak (bukan sepenuhnya) menjawap persoalan yang pernah aku timbulkan di dalam artikel sebelum ini iaitu "Jawatan MB : Jangan perpedaya dengan tektik Umno

Aku kata bukan sepenuhnya adalah kerana, di Pahang, mereka cuma menawarkan jawatan Exco sahaja kepada Pas, bukannya jawatan Menteri Besar seperti yang ditawarkan oleh Umno Perak (walaupun Umno Perak punyai lebih banyak kerusi berbanding Pas, sama seperti keadaan di Pahang).

Aku percaya, tawaran yang terkeluar dari mulut Dato Seri Adnan itu sudah tentunya telah mendapat restu dari Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib yang juga merangkap sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri Pahang.

Persoalan lain yang aku timbulkan didalam artikel itu juga ialah, adakah Umno (terutamanya DS Najib) sanggup memberi laluan kepada Pas untuk jawatan-jawatan di peringkat pusat seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri? Soalan itu pun masih belum ada sebarang respon lagi dari pemimpin-pemimpin Umno.

Walaubagaimana pun, tawaran demi tawaran yang diwar-warkan oleh UMNO, isu ini masih belum lagi menjawap seruan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz untuk membubarkan kedua-dua parti dan menubuhkan parti baru.

Semasa timbul sosek-sosek mengenai pertemuan beberapa orang pemimpin Pas dan Umno (yang dikatakan bertemu di London itu). Tak lama dulu, aku ada menulis 1 artikel dengan tajuk yang sama "Jawatan TPM untuk PAS". Di waktu itu, Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai desas-desus pertemuan Pas-Umno itu.

Alasan terkuat aku berkata Pas sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika ada penggabungan dengan Umno ialah, Pas berada di kedudukan nombor 2 didalam jumlah ahli parlimen terbanyak di dalam komponen Barisan Nasional selepas Umno. Maka, seharusnya jawatan TPM itu berhak menjadi milik Pas.

Adakah benda ni akan terjadi? Sudah tentu tidak dan sudah tentu DS Najib tidak mahu melepaskan kerusi sedapnya itu.

Sebenarnya, didalam hal memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Pas ini, sepatutnya DS Najib tidak perlu risau dan gundah gulana, bukankah Pak Lah telah berjanji akan ada peralihan kuasa presiden Umno pada 2010 tu nanti?

Maka, apabila berlaku peralihan kuasa itu nanti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik DS Najib jugak. Jadi, DS Najib cuma kehilangan jawatan TPM itu buat sementara sahaja. Takkan DS Najib tak confident dengan boss sendiri kot?

Tapi, aku memang confident la yang DS Najib tak akan bersetuju dengan idea ni.


Jadi, memandangkan jawatan TPM itu tidak mungkin akan menjadi milik Pas. Maka, di sini aku ingin menyatakan bahawa, Umno memang "Don't have a ball" untuk membuat tawaran atau memberi laluan jawatan tersebut kepada Pas.

Aku juga percaya bahawa, tiada penggabungan antara Pas dan Umno akan terjadi buat masa terdekat ini. Dan aku juga amat berharap, benda ini tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana bagi aku, Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya, sukar untuk aku percayai.

Akhir sekali, aku menentang sebarang bentuk penggabungan atau perkongsian kuasa dengan Umno buat masa ini melainkan, saranan Tuan Guru Nik Aziz untuk menubuhkan satu parti baru yang berlandaskan kepada Islam itu terlaksana

AWANG SLUMBER

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.