Subscribe

Jom teka hujah DSAI vs Shabbery 15 july ini

1. Shabbery akan kata pendapatan Petronas memang telah meningkat dengan kenaikan harga minyak global tetapi kos pengeluaran Petronas juga turut meningkat

2. Shabbery akan kata Petronas tak boleh guna untung keseluruhan Petronas untuk Subsidi kerana Petronas perlu membiaya kos-kos carigali dan modal pusingan untuk meneroka sumber-sumber minyak yang baru.

3. Shabbery akan kata Pendapatan kerajaan dari Petronas juga digunakan untuk subsidi lain-lain seperti subsidi beras, pembinaan kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain..

4. Shabbery akan kata kenaikan mendadak harga minyak adalah perlu sebab kerajaan perlu tutup segera kesan kenaikan mendadak minyak global yang mempengaruhi kewangan dan ekonomi negara.

5. Shabbery akan kata rakyat perlu memahami usaha kerajaan untuk jangka masa panjang, kerana selama ini kerajaan telah menanggung beban kewangan subsidi sedangkan subsidi itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara.

6. Shabbery akan kata, walaubagaimanapun satu hari nanti, sumber minyak negara akan habis juga, jadi adalah lebih baik rakyat menerima hakikat sekarang ini dan cuba membiasakan diri dengan keadaan sebenar harga pasaran minyak dunia.

-----------------
1. Anwar akan kata, memang kos pengeluaran telah meningkat, tetapi berapakah kosnya? adakah statistik kos pengeluaran itu boleh dipaparkan kepada umum supaya rakyat sendiri mengetahui untung sebenar Petronas selepas kos pengeluaran ditolak.

2. Anwar akan kata keuntungan petronas yang berjumlah 80 billion itu terlalu banyak untuk disimpan Petronas dan kerajaan. Mengapakah terlalu banyak untung sebaliknya kerajaan menaikan harga minyak dengan menarik balik subsidi sehingga rakyat menderita?

3. Anwar akan kata, memang dari dulu menjadi tanggungjawab kerajaan membina kemudahan-kemudahan umum, tapi rakyat sekarang menderita dengan kesan kenaikan minyak.

4. Anwar akan kata, kerajaan tidak mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga terpaksa tergesa-gesa menaikkan harga minyak disebabkan keadaan masaalah kewangan negara yang semakin menjadi-jadi, padahal pengeluar minyak seperti Brunei tidak pula menaikan minyaknya.

5. Anwar akan kata rakyat memang memahami usaha kerajaan tapi kerajaan yang tak memahami rakyat kerana menaikan harga minyak secara mendadak seolah-olah menghukum rakyat sedangkan Najib berjanji sebelum pilihan raya yang minyak tidak akan naik selepas pilihan raya.

6. Anwar akan kata, kerajaan menafikan hak rakyat untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa. Kalaupun minyak akan habis juga satu hari nanti tapi sepatutnya kerajaan perlu menimbang masaalah yang dihadapi rakyat terlebih dahulu.

Dipetik dari forumer TranungKite.Net


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.