Subscribe

Kemaskini Terbaharu - Anwar Ibrahim Di Kuala Selangor

Program : Ceramah Isu Semasa Tarikh : 24 Julai 2008 (Khamis) Masa : 8.00 malam. Tempat: Stadium Kuala Selangor
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan akan menyampaikah pidatonya dalam siri ceramah isu semasa anjuran Pakatan Rakyat Bahagian Kuala Selangor. Program anjuran bersama PKR, PAS dan DAP akan diadakan di Stadium Kuala Selangor.

Koordinator Program Jelajah Anwar, Hj Yahya Saari ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Dato’ Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar dijangka akan menyampaikan pidatonya kira-kira jam 10.30 malam. Penceramah lain adalah YB Dr Zulkefli Ahmad, (Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS), Sdr Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR) dan Samsul Iskandar Akin (Ketua AMK Keadilan)

Anwar dijangka mendedahkan beberapa tokoh UMNO yang akan melompat parti dalam masa terdekat ini.

Update : Dua bekas menteri bersama Fauzi

Selain Datuk Fauzi Rahman, dua lagi bekas menteri dijangka akan meninggalkan UMNO, tidak termasuk Tan Yew Kew (MCA). Pengumuman di jangka akan dibuat dalam masa amat terdekat ini. Mereka diberitakan pernah menjadi timbalan menteri. Pengumuman rasmi 4 orang ini dijangka akan dibuat serentak dan ia diikuti satu program kemasukan beramai-ramai beberapa waktu selepas itu.

Dipetik dari : SelangorToday

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.