Subscribe

Kenapa kereta mercedes?


Hidup mewah atas kesusahan rakyat. Kenapa kereta mercedes Tok Said? 14 buah mercedes bernilai RM3.43 juta bukan jumlah yang sedikit. Tok said menafikan mercedes tersebut bukan dibeli dengan wang royalti rakyat.


Walau bagaimana pun, tak kira lah wang royalti atau pun wang kerajaan negeri, wang juta-juta ini tetap wang rakyat. Kos penyenggaran yang tinggi kereta perdana sebagai alasan tok said belanja berjuta juta untuk membeli mercedes. Kenapa mercedes tok said? Kata tok said ‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujarnya.

Kereta perdana jenis peringkat apa yang dipakai oleh exco terengganu ni. Rakyat marhaen pun pakai juga kereta perdana, adakah sampai kos penyenggaraan Rm 50k. Suruh rakyat berjimat, kongsi kereta, naik bas. Menteri pula potong elaun 10%. Weh rakyat, korang ada nampakkah elaun para rejim ini dipotong? ini ke cara umno berjimat . Kenapa kereta mercedes? tak cukup bergayakan tanpa kereta mercedes. Kan ada lagi kereta ala vip yang lebih murah dari mercedes, tidak perlu membazir. Kenapa kereta mercedes?

Kenyataan MB Terengganu Dato' Ahmad Said ketika memberi alasan kewajaran kerajaan negeri membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .


Beliau memberi alasan kononya kos penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang hanya baru berusia 4 tahun( dibeli 2004) sangat tinggi.Ahmad berkata "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Kalau betul kes 4 tahun sampai RM50,000 kos selenggara, ini sangat kes terpencil.Ini juga sesustu yang amat pelik,kerana 4 tahun menggunakan kereta tersebut kos penyelenggaraanya mencecah separuh harga asal kereta tersebut.

Benarkah kos setinggi itu?Kenyataan yang dikelurkan oleh Ahmad Said ini sekaligus mencemarkan jenama proton V6 itu sendiri serta meninbulkan persepsi yang tidak baik rakyat Malaysia terhadap kereta Nasional ini.

Perlu rasanya satu lapuran BPR dibuat bagi menyiasat kos selenggaraan V6 yang digunakan oleh YB Toh Chin Yaw.BPR perlu menyiasat dimanakah penyelengaraan dibuat, bila ianya dibuat, apakah kerosakan dan apakah kompenan yang ditukar.??

KUALA TERENGGANU 19 Julai – Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.

Beberapa ahli Exco kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dilihat menggunakan kenderaan berkenaan pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri mereka hari ini.

Mokhtar ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Asian Watercross Super Cup Terengganu di Batu Burok di sini hari ini berkata, keputusan membeli kereta mewah berkenaan dibuat oleh kerajaan negeri beberapa bulan lepas.

‘‘Kenderaan ini mula diterima awal bulan ini dan mula digunakan minggu ini,’’ katanya sambil memberitahu, pembelian itu tidak termasuk untuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang masih menggunakan kenderaan rasmi Mercedes sedia ada.

Beliau memberitahu, antara sebab pembelian itu ialah atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.

‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, masih ada ahli Exco kerajaan negeri belum menggunakan kereta berkenaan kerana perlu menunggu proses pendaftaran kenderaan.


Ingat-ingatlah....

http://penawarrinduku.blogspot.com

1 comment:

tamupulaumelaka said...

guna ajelah tokmat kete merc mewah tu, kang kite negeri kaye. kaye minyak.duit banyak. protong visik memang dak good. made in malaya mana tahang.tike jadi mb dang esko nilah nak gune hak best-best. dduli ape wang rakyat ke ape ke, asl kang begaye,rakyat pape dakpe.padang doh muke jadi rakyat.
kalu dak peluang ni kite bahang tike ni, bile lagi.tok drih dah dapat ggiang diye.syabas tokmat yg cemerlang gemilang terbilang dan temberang....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.