Subscribe

Kenapa Wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar Tidak Disiarkan?

Suatu persoalan yang sememangnya bermain di fikiran semua orang yang membaca atau menonton laporan kes pembunuhan Altantuya ialah kenapa wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar mahupun mana-mana laporan berita TV.

Apa yang kita dapat lihat hanyalah sekadar dua manusia yang bertopeng lengkap hinggakan tidak dapat langsung kita agak bagaimana rupa wajah kedua-dua supek pembunuhan wanita Mongolia tersebut.


Yang terbaik dapat kita lihat hanyalah lakaran wajah kedua-dua mereka seperti di bawah:



Selain dari lakaran, di peringkat awal pembicaran dulu pernah tersiar sedikit wajah kedua-dua mereka yang tertutup :

Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.

Jika tidak kita hanya akan dapat lihat dua orang suspek yang bertopeng penuh sedang diarak keluar masuk mahkamah - itu sahaja.

IB tidak mempunyai sebarang jawapan kecuali beberapa persoalan tentang kenapa wajah mereka berdua itu ditutupi penuh. Yang menghairankan ialah tidak ada langsung mana-mana akhbar yang berani menyiarkan gambar mereka ini dari mana-mana sumber lain.

Adalah mustahil untuk pihak media tidak dapat mencari gambar-gambar dari arkib mereka atau mencari kenalan kedua-kedua suspek tersebut bagi mendapat gambar-gambar lama mereka. Langsung tidak munasabah ini tidak dapat diusahakan oleh pihak media cetak mahupun media elektronik.

Jadi persoalan lain ialah, apa istimewanya kedua-dua mereka ini hingga dilindungi supaya wajah sebenar mereka ini tidak diketahui umum?

APakah mereka berdua ini memang sebenarnya “kambing hitam” untuk dijatuhkan hukuman bagi menyelematkan suasana yang lebih gempar dari berlaku? Apakah ini tujuan wajah-wajah mereka ini perlu dilindungi dari awal lagi?

Tetapi jika kita turuti perjalanan perbicaraan kes Altantuya akhir-akhhir ini, keberangkalian untuk kedua-dua mereka ini terlepas dari tuduhan kes ini nanti adalah agak tinggi juga. Cara penghujahan bahagian pendakwaan sebelum ini dan bagaimana pula hujah serta persoalan yang dibawa untuk membela kedua-dua mereka dan juga untuk Razak Baginda menampakkan ruang-ruang awal untuk mereka terlepas.

Sepertimana IB sebut awal tadi, IB tidak mempunyai jawapan tetapi kesukaran untuk pihak media untuk menyiarkan wajah mereka dan orang awam langsung tidak mengenali mereka sepanjang perjalanan pembicaraan kes ini banyak menimbulkan persoalan. Dan IB juga yakin pembaca sekalian pun mempunyai banyak lagi persoalan-persoalan lain yang memungkinkan banyak andaian yang berlegar difikiran kita.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/07/31/kenapa-wajah-azilah-hadri-dan-sirul-azhar-tidak-disiarkan/


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.