Subscribe

KOMEN : PROTES DI KELANA JAYA




Memang tidak dinafikan, rata-rata mereka yang menjadi peserta demo PROTES yang dianjurkan semalam tidak berpuas hati dengan slot program yang telah dilaksanakan. Iyalah, pada waktu pagi di isi dengan program nyanyian. Sepatutnya demo yang dicanangkan untuk protes kenaikan harga minyak tidak wajar diisi dengan slot sedemikian.

" Kalau nak ada persembahan sekalipun jangan lah panggil kumpulan underground. Panggil lah kumpulan nasyid. Ini dah macam Sure Heboh pun ada.Sangat mencemarkan majlis " luah salah seorang sahabat saya yang berkunjung ke sana.


Perjalan program kali ini kurang mendapat sambutan hangat kerana tidak mempunyai matlamat yang khusus. Mungkin ini menjadi salah satu penyebab PROTES kurang berjaya.Kalau di imbas kembali BERSEH yang menggegarkan suatu masa hanya satu tujuan serah memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

PROTES secara general untuk bantah kenaikan harga minyak. Modus Operandi pada hari tersebut tidak berjalan dengan lancar.Iya, betul.. Time span terlalu lama sampai satu hari membuatkan demonstratants bosan. Pengisian kurang berilmiah pada sessi siang. Indoor konsep, itu yang tak menonjolkan kemarahan ditambah lagi dengan ada konsert yang tak sepatutnya. Sebab itu jugaklah unit Amal Pas lepas tangan bila konsert yang tidak sepatutnya dilansungkan diteruskan.

Apapun, ini menjadi satu pengalaman berguna kepada penganjur untuk hari kelak. Belajar dari kesilapan.


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.