Subscribe

Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.

Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS), dibuat atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.

Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.

Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.

Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang bakal diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.

Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan turut serta dalam perhimpunan itu

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.