Subscribe

MUQABALAH..Betapa Liciknya Media BN


Di mana-mana sahaja isu 'muzakarah dan kemudiannya 'muqabalah' telah menjadi isu utama diperkatakan dan berjaya menenggelamkan isu2 panas yang lain seperti rasuah,liwat,pembunuhan malahan kenaikan harga minyak.

Perkara yang perlu difokuskan ialah kewajaran kita untuk menghangatkan lagi spekulasi dan menambahkan polemik unsur-unsur ketidakpercayaan dan ketidakyakinan terhadap parti sendiri apabila isu ini dipanjangkan dan diperbesarkan. Secara dasarnya isu ini telah tamat apabila diputuskan bahawa tindakan susulan diistilahkan sebagai'muqabalah' sahaja dan hanya berbentuk pertemuan peribadi antara PAS dan UMNO dan tidak menjurus ke arah persefahaman atau penyatuan antara parti yang sudah diketahui tidak sehaluan utnuk sekalian lamanya.

Walaubagaimanapun,seharusnya para penyokong PR harus faham dan sudah matang dengan karenah media masa yang menghangatkan lagi isu ini dengan memutarbelitkan fakta dan sehingga kini laporan mereka masih lagi menunjukkan kesediaan PAS untuk berunding, bekerjasama dan mencapai kata putus dengan Be End sendiri yang sudah diketahui 48 hari lagi jangka hayatnya..(sekiranya PR memerintah menjadi realiti 16Sept ini).

Ironinya, media bergerak dengan pantas dengan tidak habis-habis mengejar TGNA dan mendapatkan kenyataan daripadanya dan yang terbaru memutuskan kenyataan bahawa seolah2 PAS mahu UMNO dan PAS dibubarkan untuk membentuk kerajaan baru berteraskan Islam walaupun pada asalnya TGNA menyatakan itu pandangan peribadinya sahaja dan belum diputuskan lagi dan akan dibawa ke Muktamar nanti. Pada masa yang sama media terus mendapatkan reaksi PR yang lain seperti DAP yang sudah tentu tidak bersetuju kerana dilihat dari perspektif berbentuk perkauman.

Di sini rakyat melihat bibit2 ketidaksefahaman timbul dan ia diperkukuhkan lagi dengan pandangan pemimpin2 BN yang lain yang rata-rata bersetuju dan amat berlaku baik terhadap parti PAS sekarang ini. Selepas ini media sudah tentu akan mengupas apakah nasib PKR dan DAP sekiranya PAS dan UMNO bersatu dan sekali lagi segala sejarah ketidaksefahaman antara PAS dan komponen PR yang lain akan dibongkar kembali seperti isu kegagalan PROTES dahulu dan sekali lagii kenyataan daipada Shabery,Muhyiddin,Najib,Ezam,Muhd taib,Presiden MCA,Pak Lah akan diambil untuk sekian kalinya...!

Kita lihat betapa berjayanya media memecahbelahkan PR dan MOTIF media BN ini berjaya dilaksanakan sehingga membutakan mata rakyat yang menelan bulat2 dan percaya dengan kerapuhan dalam PR yang berlaku dan kekuatan UMNO yang akan bersatu dengan PAS satu hari nanti..

Oleh itu, waspadalah dengan permainan media dan berfikirlah dengan rasional dan janganlah sampai ulama direndah-rendahkan dan jangan tertipu dengan taktik BN yang terdesak sekarang.Seharusnya isu ini dihentikan serta-merta dan ISTIQAMAHLAH dengan parti kerana pada dasarnya tiada pincangnya dalam PR malahan tetap kukuh membentuk kerajaan baru tidak lama lagi."

by Ixora08

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.