Subscribe

NAJIB MENGAKU JUMPA SAIFUL .

Post dipetik dari : Siapa Insan Kerdil Ini
Di : http://mutaligat.blogspot.com


Akhirnya Najib Tun Razak mengaku beliau berjumpa Saiful Bukhari pemuda yang mendawa dirinya kena liwat.

Malaysiakini petang tadi melaporkan bahawa Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Berikut laporan penuh tersebut :-

Menurut Najib, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar."Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat. Dia datang kerana mahu pertolongan dari saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di Parlimen.Najib berkata, Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohonkan biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak bila saya difitnah," tambahnya. Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

Hebat betul si Saiful ini ya, senang saja boleh jumpa Timbalan Perdana Menteri kat pejabat ataupun rumah, nampak memang ada hubungan baik mereka berdua ini. Kalau orang lain bukan main payah lagi nak jumpa Najib ..........ada apa-apa ke? Pelik bin ajaib........tunggu episod seterusnya.

Najib mati-mati tak mengaku pernah jumpa Altantuya

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat."Saya menanggapnya sebagai pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imej saya," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut mengenai akuan berkanun itu, Najib berkata perkara itu subjudis kerana ia masih dalam perbicaraan."Pertamanya, perkara ini subjudis kerana masih dalam perbicaraan tetapi saya ingin nyatakan saya tidak pernah kenal, tidak pernah berjumpa wanita Mongolia yang disebut dalam akuan berkanun itu," katanya.Najib berkata, beliau amat yakin tindakan tersebut bertujuan untuk mengalih pandangan terhadap dakwaan liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, apa yang penting ialah rakyat hendak tahu sama ada perkara liwat berlaku atau tidak."Saya berharap pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya dan mengumumkan kepada orang ramai," katanya.Najib juga berkata, akuan berkanun itu bercanggah dengan kenyataan di mahkamah dan laporan yang dibuat kepada polis.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu."Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Menurut Najib lagi, beliau tidak tahu mengapa tiba-tiba Anwar menyerang beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail."Isu utama, adakah kes liwat berlaku atau tidak? mungkin dia (Anwar) anggap saya di belakang tabir," tambah Najib yang mengaku Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan mendakwa diliwat oleh Anwar, telah datang menemuinya beberapa hari sebelum laporan tersebut dibuat.

Diedar pada media

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa Abdul Razak pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.


Sumber : MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.