Subscribe

Nik Aziz tegur media

Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.

Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.

"Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)...kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia," katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak.





by Farhan Shah

2 comments:

UMMI ABRAR said...

ORANG2 U**O BUKAN INGAT DOSA PAHALA...BUKAN INGAT AKHIRAT...BUKAN INGAT HUKUM HAKAM...WALAUPUN TIBA2 SEMUA ORG U**O CUBA TUNJUK BIJAK MACAM TAU JE BILA SURUH ANWAR MUBAHALAH, AGAKNYA NAK EJA BENDA TU PUN TERKIAL2...MEDIA PUTAR BELIT JE DIORANG TAU...

Abdul Hadi said...

pengamal media perdana sesetengah tu macam ( 2kalilima dgn) sesetengah artis. sekali melakon jadi baik, sekali beraksi jahat. muna###. jangankan nak ingat dosa pahala, percaya perkara tu pun belum tentu. kadang2 pengamal tersebut lebi umno dari org umno. kerja melobi & mengampu.ada sesetengah tu belum mati dah kena kifarat. kesian mereka mati dalam sesat.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.