Subscribe

Pakatan, walau berbeza idealogi, tetapi ada titik pertemuan' - Presiden PAS


Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku.


Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyellewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam.

"PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.

"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang.

Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan,

Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong./wann

by HarakahDaily

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.