Subscribe

PakLah serah Kuasa?






















Tak disangka2kan akhirnya pucuk pimpinan no satu negara, Perdana Menteri telah diisytiharkan akan jatuh kepada tangan Najib Tun Razak pada 2010. PakLah telah memutuskan penggantinya itu seolah-olah mewakili majoriti pimpinan UMNO atas perlantikan itu..!!

Pelik dan heran, bagaimana UMNO parti terbesar orang Melayu, boleh menyerahkan kuasa penting sesuka hati,tanpa merujuk kepada ahli parti. Hal ni seolah-olah parti UMNO ni "macam tok nenek" die yang punya. Maka tak heranlah kalo semua ahli tertinggi UMNO seperti Tg. Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin tidak berpuas hati dengan
perlantikan begini.

Tak cukup dengan itu, perlantikan ini plak akan dilangsungkan pada 2010. Ura-ura mengatakan yang PakLah akan "turun" menjelang mensyuarat agung UMNO akan datang meleset. Kenapa ?? kerana tidak ada pencabar terdekat untuk melawan PakLah bertanding kerana Najib sudah memberitahu yang dia akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden sahaja.Malah sistem kouta pencalonan untuk sesiapa yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno masih dikekalkan walaupun tidak satu parti politik pun di dunia ini mengamalkan sistem yang kolot dan kuno ini melainkan Umno.

Memang kerja gila bila peralihan kuasa ini diaturkan lebih awal iaitu 23 bulan sebelum ‘persaraan’ PakLah. Apa yang dilakukan ini hanyalah membuka pekung kelemahan PakLah dan mungkin pengumuman itu dibuat bagi mereda kemarahan penyokong Umno atas sikap PakLah yang menjadi punca utama Kekalahan teruk BN.

kawan saya berkata :

" Agaknya PakLah dah habis bincang anak beranak bila tarikh sesuai nak serah jawatan ni. masa 2 tahun sudah cukup untuk kumpul harta sebanyak mungkin sebelum pencen.. PakLah memang taknak bagi jawatan PM kepada Najib. Tapi kerana banyak desakan maka dia terpaksa.. "


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.