Subscribe

Pelajar Sekolah Menjadi Sasaran UMNO

Sekarang ini UMNO telah memulakan satu langkah baru untuk menarik golongan muda untuk mendapat sokongan setelah ramai orang bertukar arah pada PRU12. Sasaran mereka ialah pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan BTN untuk meracuni pemikiran pelajar ini untuk meraih sokongan pada jangka panjang. Kalau dulu pemimpin memberi amaran agar jangan melibatkan pelajar sekolah dengan politik. Kini mereka pula yang secara terang-terangan menjilat balih apa yang pernah dikatakan dulu.

Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa lebih daripada 100 pelajar sekolah menengah telah dihimpunkan di satu tempat (tak payah disebut) untuk menjalani kursus kepimpinan anjuran BTN. Apa yang menyedihkan ialah kursus kepimpinan itu sebenar bukan kursus kepimpinan tetapi pelajar telah dibasuh otak mereka untuk untuk menerapkan idealogi UMNO. Lebeh malang lagi mereka diasak dengan maklumat-maklumat yang tak sepatutnya.

Antaranya:

a. menanamkan sikap perkauman dikalangan penduduk malaysia. disuruh membenci keturunan lain.
b. menghina parti-parti lain.
c. menimbulkan tentang isu ketuanan melayu tetapi tak langsung menyebut pasal Islam.
d. bangga dengan Hang Tuah yang kebal kerana memiliki Taming Sari dan kuasa keris Taming Sari.
e. menyatakakan bahawa Nabi Ibrahim mempunyai 3 isteri yang mana isteri ketiganya taleh melahirkan generasi Melayu.
f. Yang akan memimpin gerakan Islam diakhir zaman adalah orang melayu.
g. ramai keturunan Nabi Muhammad saw dikalangan orang-orang melayu di Malaysia ini.

Yang paling menyedihkan ialah ramai di antara pelajar yang termakan hasutan mereka dan kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan akidah seperti kekuatan Hang Tuah disebabkan keris, seolah-olah keris lebih berkuasa daripada Allah.

Apa yang di nyatakan disini hanyalah sebahagian sahaja Ada lagi yang telah disampaikan, tetapi dah lupa.
Back to top
View user's profile Send private message


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.