Subscribe

Pembersihan Unsur Anwar Ibrahim di UIA?

Nampak gayanya UIA sudah mula menunjukkan kemunduran identiti dan sifat pasung minda apabila mengisytiharkan pakaian jubah konvokesyen baru UIA yang bakal diadakan 23 - 25 Ogos 2008. Sila lihat link ini: (Links).

Tiada lagi songkok dan tudung yang menjadi identiti keunikan UIA kerana kini, seorang yang begitu bijak yang diberi nama Prof Datuk Dr. Tahir Azhar telah mengisytiharkan jubah yang baru dengan topi mortar atas alasan 'mengelakkan daripada soalan skeptikal dan was-was daripada sesetengah pihak'. Apakah maksud ayat ini? apakah soalan yang sebegitu begitu hebat sehinggakan identiti Islam di UIA itu diketepikan?

Saya ingin bertanya kepada Prof apakah ini bermaksud UIA tunduk dan mengalah kepada 'fesyen luar' walhal Islam dan UIA ada identiti sendiri yang unik dan dihargai seantero dunia? apakah sebegitu mudah UIA tunduk menyerahkan identiti Islam kepada identiti lain? Apakah salahnya songkok diteruskan? Lebih baik UIA memperbaiki penghayatan para graduan terhadap Islam, cara-cara untuk memastikan Islam tersemat dalam hati, agar dapat dielakkan isu bekas pelajar UIA ke disko, jadi pelacur, seks rambang dan lain-lain!

Perkara remeh? Saya setuju! Apabila perkara seremeh ini tidak dapat diberikan perhatian, jangan haraplah kita berdaya melawan arus menentang Islam kini. Nas menyebut 'Barang siapa yang mengikuti adat sesuatu kaum yang lain maka ia adalah daripadanya'. Sekiranya alasan ini dijadikan asas maka saya fikir lebih baik Prof meletakkan jawatan. Ini adalah kerana fungsi UIA bukan sahaja meneruskan dasar pendidikan, tetapi juga sebagai benteng Islam terakhir untuk mempertahankan Islam dan identiti Islam, untuk mempertahankan maslahat umat.

Perkara kecilanpun tidak terdaya UIA untuk mempertahankannya, inikan pula maslahat umat!! Apakah pendirian UMNO terhadap isu ini? apakah parti membela melayu duduk macam kera sumbang diam seribu bahasa? Apakah pendapat Hishamuddin? adakah Menteri Pelajaran mengetahui perkembangan ini? Apakah ini salah satu daripada langkah-langkah menghapuskan unsur Dato' Seri Anwar Ibrahim di UIA?

by Amir Hamzah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.