Subscribe

PENDAPAT : MUZAKARAH PAS DENGAN UMNO?

Pemimpin tertinggi PAS harus ingat siapa yang menerajui UMNO dulu,kini dan selamanya. Apa dah jadi dengan Malaysia kini yang makin bergelumang dengan seribu satu macam fitnah - judi, maksiat, rasuah, jurang miskin-kaya yang semakin dalam dan kemusnahan sumber alam ,kemelesetan ekonomi dan kepincangan aspek sosio budaya yang sangat ketara - angkara siapa kalau tidak UMNO.

Yang demikian saya harap PAS kena sentiasa berhati-hati dalam menangani golongan yang saya suspek munafik ini. Saya dengar umpan akan disuakan tak lama lagi,kononnya nak bantu SAR di Kelantan.Pada hemat saya tak payah cekau umpan tu... biarkan SAR kita jaga,kita usahakan camna nak gerakkan sumbernya sendiri,pasal umpan UMNO tu tak pasti lagi halal dan penuh dengan muslihat.
Mungkin lebih banyak lagi umpan akan diberi dan saya yakin PAS akan disisih sekali lagi seperti yang pernah berlaku dulu.Biar kita susah dan susah kita,kita usahakan sendiri agar mudah...bukan melukut di tepi gantang.

Golongan inilah yang menafikan royalti Petronas ketika PAS menguasai T'ganu. Golongan inilah yang menarikbalik sumbangan perkapita SAR dulu. Golongan inilah yang mencetuskan fahaman hadhari yang sesat itu. Golongan inilah yang menggadai negara secara halus mahupun kasar - kasarnya lihat S'pura dan Pulau Batu Putih, yang halusnya dah cukup banyak tanah kerajaan yang strategik telah dikuasai golongan kafir yang kaya lagi banyak 'connections' dengan pihak luar. Golongan inilah yang melansaikan berbilion-bilion ringgit hasil negara secara pelbagai macam pembaziran. Golongan inilah yang mendokong dasar ISA yang tidak adil lagi haram di sisi Islam. Golongan inilah yang mengamalkan ketaksuban kebangsaan yang juga haram. Golongan ini juga yang menyebabkan negara kita hanya sekadar pandai berbangga 'riak' dari menjadi resmi padi - tong kosong!

Jadi saya walaupun tak arif dengan pengurusan PAS,berharap ahli tertinggi PAS berfikir semasak-masaknya sebelum menangkap umpan umpan UMNO ini. Bagi saya PAS tidak perlu mendekati UMNO dan setidak-tidaknya mesti sanggup berdikari dari mengamalkan sifat kebergantungan yang belum tentu selamat!

by CrazyKLaH

1 comment:

tamupulaumelaka said...

Golongan umno ni bila becakap dia mahu org lain ikhlas, tidak bermotif pilitik, demi bangsa dan agama dsb. Macam dia tu ikhlas 100 peratus sokmo,pemimpinnya orang baik2 belaka atau perjuangannya betul menepati kehendak Allah dan rakyat semuanya. Manakala orang lain tidak ikhlas le, bermotif politik le, tidak betul dengan agama le, ajaran sesat le, pecah-belah le dll dll. Kadang2 kalangan jahilnya pun berlagak alim n baik. Ni lah yg susah, jenis perasan dan tak tahu; tapi berasa dia tahu maka menuduh orang lain semua tidak tahu.Dia saja yg baik dan tahu serba serbi.Bila TG Presiden Pas kata muzakarah sambil nak dakwah umno; mereka kata mereka tak perlu didakwah lagi, ego tak habis2.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.