Subscribe

Perak tunai janji.

Berita "a
IPOH, 7 July : -Kerajaan Perak mengumumkan akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata YAB. Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pengumuman ini menjawab spekulasi yang dimainkan oleh setengah pihak kononnya Barisan Altenatif berbohong dalam menifesto PR ke 12 yang lepas. Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang DUN Perak yang lepas.

Beliau berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM2 juta sebulan.


“Pemberian air percuma ini adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lalu sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Semasa sidang DUN yang lepas pihak pembangkang bertanyakan mengenai perkara yang sama dan dijawab oleh Exco Teknologi maklumat, YB. Thomas Su bahawa pihak kerajaan akan memberikan ganjaran ini sekiranya keadaan kewangan kerajaan mengizinkan.

MB menjelaskan bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco Pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.