Subscribe

Persamaan Dan Perbezaan Anwar Ibrahim dan Najib


Kala ini 2 orang individu ini merupakan tokoh yang popular di Malaysia. Ini kerana kedua - duanya ini merupakan calon Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Bila kita amati kedua - duanya mempunyai persamaan dan perbezaan. Mari kita lihat persamaan dan perbezaan yang terdapat di dalam 2 individu ini tanpa kita sedari. Perbezaan dan persamaan tersebut bolehlah kita jadikan ianya batu pengukur kepada apa yang bakal berlaku dan siapakan yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6.

1.
Anwar Ibrahim
Merupakan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat setelah terdapat dakwaan bahawa terdapat ramai ahli parlimen yang akan menyertai PKR dan Pakatan Rakyat bagi membolehkan PR membentuk kerajaan.

Najib Tun Razak
Merupakan calon Perdana Menteri setelah Perdana Menteri sekarang (Abdullah Ahmad Badawi) mengumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010 nanti.

2.
Anwar Ibrahim
Bekas Timb. Perdana Menteri yang ke-3 di era pemerintahan Mahathir Mohamad.

Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri Malaysia yang pertama (setakat ini) semasa era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

3.
Anwar Ibrahim
Dikaitkan dengan dakwaan salah laku liwat pada 1998 dan 2008 (dalam jangka masa 10 tahun).

Najib Tun Razak
Dikaitkan dengan dakwaan pelbagai salah laku skandel dengan artis dan terkini skandel pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

4.
Anwar Ibrahim
Menafikan segala dakwaan tersebut dan rakyat Malaysia umumnya secara majoriti mempercayai beliau tidak bersalah.

Najib Tun Razak
Menafikan segala dakwaan tersebut dan secara umumnya rakyat Malaysia mempercayai beliau terlibat dengan kontroversi pembunuhan tersebut yang mana mengaitkan juga isteri beliau, kakitangan ATM berpangkat kolonel serta perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang melibatkan penasihat beliau dan 2 anggota UTK yang bertugas di pejabat beliau.

5.
Anwar Ibrahim
Telah beberapa kali ditangkap oleh anggota polis terhadap tuduhan tersebut malah pernah dipenjarakan sebagai tahanan ISA dan pesalah jenayah liwat meskipun perbicaraan yang berat sebelah dan tidak masuk akal.

Najib Tun Razak
Tidak pernah masuk penjara walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan salah laku.

6.
Anwar Ibrahim
Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjarakan 20 tahun dan boleh juga disebat mengikutSeksen 377C, Kanun Keseksaan.

Najib Tun Razak
Sekiranya terdapat bukti dan disabitkan bersalah boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan.

7.
Anwar Ibrahim
Merupakan tokoh yang paling popular dikalangan rakyat untuk meneraju kerajaan.

Najib Tun Razak
Merupakan tokoh yang diragui untuk menerajui kerajaan.


8.
Anwar Ibrahim
Tidak ditentang oleh rakan di dalam PR.

Najib Tun Razak
Mungkin akan ditentang oleh rakan di dalam BN


9.
Anwar Ibrahim
Seseorang yang bijak berpidato dan dapat menarik minat orang yang mendengarkannya kerana lengkap dengan fakta ketika berhujah

Najib Tun Razak
Kurang bijak berpidato dan tidak menarik minat pendengar kecuali sesetengah orang yang taksub di dalam BN.

Pikir-pikirkanlah..

by : reformisjohor

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.