Subscribe

Rakyat Tidak Buta


Rakyat tidak buta. Dan saya dengan yakin berkata, rakyat bersetuju dengan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim yang enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung sampel DNAnya. Memang... Tidak dinafikan. Akan berlaku lagi sekali malafide terhadap Anwar Ibrahim sekiranya sampel DNAnya diambil buat kali kedua. Saya bukan mahu membackup Anwar Ibrahim dengan membuta tuli. Tapi alasan kukuh beliau yang mengatakan bahawa sampel DNA adalah tidak perlu kerana sampel kes dulu (DNA yang diambil cara paksa pada tahun 1998) masih ada di tangan pihak berkuasa. Tidak mungkin sampel lama tidak direkodkan. Atau direkodkan kemudian hilang. Tidak masuk akal.

Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh dimanipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.Sampel DNA Saiful Bukhari juga berada di tangan polis. Sepatutnya DNA Saiful Bukhari sahaja yang diambil dan bukanlah sampel daripada Anwar Ibrahim.Ini lah yang dibimbangkan. Seolah-olah pihak berkuasa terdesak mencari bukti berhubung kes liwat ini walhal sampel DNA itu hanyalah bertindak sebagai bukti sokongan sahaja. Tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari. Pihak berkuasa sepatutnya lebih professional.

"Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," kata Anwar Ibrahim dalam satu sidang media.

Presiden Pas sendiri menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

Saya tetap berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak BERSALAH selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili.


by Farhan Shah

1 comment:

Reformis said...

BAGAIMANA DNA DIMANIPULASI??

Ketepatan DNA dalam menentukan identiti seorang individu jangan disangkal. Hanya dengan DNA dapat menjadi bukti dalam apa jua kes siasatan. Dalam apa-apa kes jenayah, walaupun tidak melibatkan kes kematian, pembunuhan, rogol dan sebagainya, DNA dapat membantu dan membuktikan identiti individu yang terlibat dan membuktikan sama ada menjadi pesalah mahupun bukan pesalah dan anda boleh dipersalahkan!


Sampel DNA boleh didapati dari setiap inci badan manusia. Bukan hanya dari darah, malah dari rambut, bulu roma, air liur, mani, sel kulit, kuku dan sebagainya. Di negara-negara barat, polis menyimpan data-data DNA warganya lebih-lebih lagi bagi penjenayah-penjenayah yang telah dikenalpasti sebagai rekod tindakan polis.

Oleh kerana itu, di Malaysia dan dimana-mana negara, setiap warganya mempunyai hak untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil sampel DNA seseorang individu kecuali individu itu diperincikan tujuan DNA itu diambil dan relevannya dengan siasatan agar DNA ini tidak dimanipulasikan sewenang-wenangnya. Ianya bertujuan menghalang perbuatan mensabotaj dan berlakunya pengkhianatan.

Sebagai contoh mudah, anda adalah suspek (telah direman dan sebagainya) dalam satu tuduhan rompakan bank. Dalam kejadian tembak-menembak, anda telah ditembak di kaki. Darah menitis di lantai dan anda berjaya melarikan diri semasa hari kejadian.

Polis Jenayah Siasatan Tempat Kejadian telah mengambil sampel darah dan mengenalpasti milik DNA. Setelah siasatan, terbukti DNA itu adalah milik anda dan membuktikan anda adalah orang yang terlibat dalam rompakan itu.

Itupun jika siasatan polis telus dan memperincikan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa. Sentiasa membuat sidang akhbar dan memaklumkan perkembangan dan keperluan sebenar DNA anda di ambil.

Jika ketelusan ini tidak berlaku, perkara manipulasi dan sabotaj terhadap bukti DNA boleh berlaku. Bagaimana manipulasi ini berlaku?

Anda tidak pernah terlibat dalam apa-apa rompakan. Anda seorang yang baik. Disenangi oleh orang kebanyakkan. Tetapi ada beberapa kerat manusia yang tidak suka anda, dengki dan berniat jahat terhadap anda. Mungkin anda terlalu kacak (contoh) maka ada yang iri hati. Orang yang berniat jahat ini mempunyai kuasa dan mempunyai pertalian baik dengan polis.

Maka, polis yang tidak pernah memaklumkan siasatan dengan terperinci ini, tiba-tiba mengatakan DNA anda diperlukan untuk siasatan. Anda yang terlalu baik dan percaya kerana tidak mahu dikatakan takut kerana salah, berani kerana benar, merelakan DNA anda diambil. Sekaligus memerangkap diri sendiri.

Anda dikatakan telah berada di tempat rompakan kerana DNA dari darah yang dijumpai di tempat kejadian adalah bertepatan dengan DNA anda. DNA dari darah asal telah dimusnahkan bagi menghilangkan bukti. Maka merengkoklah anda terhadap jenayah yang anda tidak lakukan

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.